28 December 2009

Jumpe juga akhirnya...

3 comments


Salam Semua...

Lama tul rasa tak jengok blog nie...mmg tak berkesempatan nak update kesibukan. Dengan pindah rumah lagi minggu lepas. Korang pernah tak main game nie? Worms namanya..ala game ulat nie popular gak la masa zaman study aku dulu....

Entah kenapa tetiba rasa nak main game zaman2 dulu..zaman grafik card pun mahal giler, zaman komputer pun lom kenal flash, tp dia org dah buat game yg best nie. Cari punya carik jumpe gak. So apa lagi...layan ler.

Asik main game 3D jer, kadang2 nak yg simple2 pun dah cukup. Macam kita makan gak...kadang2 tu nasi, ikan goreng, kicap pun dah selera tul dak. OK sapa yg nak game nie nanti kasik tau...aku leh kasik korang...ok la nak pi layan "ULAT" jap hehe.

p/s: teringat zaman belajar dulu...berentap ngan room mate hehe
Read more...

08 December 2009

Iklan dah keluar

0 comments

Salam semua...



ni bukan citer pasal iklan nuffnang, tp iklan yang aku buat, dah keluar kat sub website iluvislam. kebanyakkan pengunjung laman web iluvislam nie dari oversea. Aku ditugaskan tuk buat iklan, promote krafmall kat website dia org.

Kalau korang nak tengok iklan kat website tu leh la gi sini...http://fuiyo.iluvislam.com/

Antara tempat yang paling selamat menyimpan info-info berguna, ialah email. Apa kata simpan post-post dari blog ini dalam email anda. ^_^. Senang je, masukkan email anda pada borang di bawah x_x

masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner


Read more...

03 December 2009

Berakhir sudah dengan cemerlang...

1 comments





Salam semua...

Alhamdulillah, selsai sudah Anugerah Libur, Rabu lepas, bersamaan 2 Disember 2009. Yang penatnyer aku kena gi ke Melaka kul 7 pagi, tuk shoot ucapan dari Ketua Menteri Melaka, sbb dia tak dpt dtg malam tu. Kena la gi shoot tuk masukkan ke video presentation. setel jer shoot video pagi tu terus ke MATRED tuk bg video tu kat Achol & Noni tuk editing...mmg penat bangat.


Apa pun Tahniah buat semua..terutama team New Media yg buat terbaik tuk event kali nie...kita mmg best haha. So jumpe lagi tahun dpn tuk anugerah Libur. adios...

p/s: Suka petikan ucapan Datuk Seri hj Mohd Ali Rustam - "apa yg tinggal kat org melaka? BUKIT bg Cina, TANJUNG bagi kat keling....kita ada BATANG & BUAH jer...hehe (BUAH MELAKA aku tau la...BATANG MELAKA?...ada ker? sila jawap haha
Read more...

02 December 2009

Facebook akan ditutup!!!

6 comments




Salam semua...

Tul ker apa yg aku ada terdengar ura-ura, Google Wave akan menggantikan Facebook? Jangan panik semua..relek...hehe. Google dah mengorak langkah tuk buat benda yg tengah jadi kegilaan ramai yakni FB. Mungkin juga di sbbkan peningkatan pengguna FB, membuatkan pihak google pun teringin tuk buat satu benda yg menyerupai FB?

Apa itu Google Wave?

1- A wave is equal parts conversation and document. People can communicate and work together with richly formatted text, photos, videos, maps, and more.

2- A wave is shared. Any participant can reply anywhere in the message, edit the content and add participants at any point in the process. Then playback lets anyone rewind the wave to see who said what and when.

3- A wave is live. With live transmission as you type, participants on a wave can have faster conversations, see edits and interact with extensions in real-time.

Bila masa kena guna Google Wave, jom tengok video nie:


p/s: Apa pun...wave nie mmg hebat la dari apa yg telah aku tengok review kat video atas tu...tak sabar nak try test :)
Read more...

01 December 2009

Poster- 'Iron Man 2' dah keluar

2 comments



Salam semua...camana raya ari tu..meriah tak sambutan kat tempat korang? Tadi dok jalan2 kat internet nie..terjumpe la pasal akak kuar citer IRON MAN 2 tahun dpn...perghh tak sabar nak tengok nie. Harap2 citer yg ke-2 ni tetap best cam yg pertama.

Kebanyakkan citer dia org nie...yg first kalau dah best, yg ke-2 jadi kureng best. jadi sama2 la kita tunggu tuk saksikan ;)

p/: aku mmg minat citer2 dari marvel nie, emm dah berapa byk game marvel tuk PS2 aku beli da...huhu

Antara tempat yang paling selamat menyimpan info-info berguna, ialah email. Apa kata simpan post-post dari blog ini dalam email anda. ^_^. Senang je, masukkan email anda pada borang di bawah x_x

masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner


Read more...

25 November 2009

Selamat Hari Raya Korban semua...

0 comments


Salam semua..

Selamat hari raya buat semua kengkawan yg datang melawat ke blog aku..atau yg tersesat masuk blog ni...aku ucapkan selamat hari raya...maaf zahir batin.

Antara tempat yang paling selamat menyimpan info-info berguna, ialah email. Apa kata simpan post-post dari blog ini dalam email anda. ^_^. Senang je, masukkan email anda pada borang di bawah x_x

masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner


Read more...

21 November 2009

PTS bagi buku percuma buat semua...jom

3 comments


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!
Salam semua.
Hari nie kena bekerja gak...walaupun hari sabtu. Sbb esok nak rehat, tu yang nak siapkan semua kerja hari nie. Dalam dok nak siapkan kerja, terjumpa la peraduan yang di anjurkan oleh PTS.

Menarik gak, leh menang 3 buku percuma dari diaorg...cara2nya leh la korang tengok kat link yg aku letak nie. Bagus gak dlm gawat2 nie ada gak leh dapat hadiah percuma, ok apa...BUKU..leh gak membaca. So korang apa lagi...jom kita dapatkan hadiah nie beramai2...klik sini

p/s: kalau leh nak menang tv plasma tu perghhh..tak pun iphone pun jadi lah :D

Antara tempat yang paling selamat menyimpan info-info berguna, ialah email. Apa kata simpan post-post dari blog ini dalam email anda. ^_^. Senang je, masukkan email anda pada borang di bawah x_x

masukkan email anda:

Delivered by FeedBurner



Read more...

16 November 2009

Along pun dah guna Facebook

3 comments



Salam semua...

2-3 minggu nie mmg aku ke sibukkan dengan kerja2..biasa la dah nak akhir tahun, byk ler benda kena setelkan. So nanti aku akan post kan ler beberapa work aku kat sini...so tunggu.

Apa yg aku nak tulis, sbb aku tertarik tajuk berita kat kosmo pagi nie...."Bayar hutang atau dapat malu dalam Facebook" perghh menarik, Along pun dah guna FB? haha. Bukan ke lagi senang pihak berkuasa nak tangkap along-along nie kalau dah online? cam yg terjadi kat luar negara?

Berhati-hati la pada semua....kalau boleh..dan bukan kalau dah...seboleh-bolehnya elakan la diri dari pinjam dari along. Gi la pinjam duit kat bank, paling koman pun dpt surat saman haha...ok la..sambung kerja balik...

p/s: Entah2 idea bernas ALONG nie leh di guna pakai oleh PTPTN tuk cari org yg tak bayar hutang PTPTN...mana tau...logik gak kan...nasib baik aku tak berhutangan ngan PTPTN huhuhu
Read more...

26 October 2009

Convert File korang

3 comments



Semalam dok "berjalan-jalan" kat internet nie terjumpe satu website nie...menarik gak. Sesuai tuk korang2 yg suke convert2 file nie...macam2 jenis file leh convert. dari lagu, file word, video..dan banyak lagi.

Jadi buat semua..apa lagi...gi jer kat website nie..pastu korang leh la suka-suka hati convert file apa yg korang nak hehe. Selamat mencuba. Klik Sini


Read more...

22 October 2009

Siap jua akhirnya

0 comments





Salam semua...

Dah jumaat, 23/10/2009. Minggu depan last kita kat bulan 10 nie...cepat tul pastu bulan 11 pastu dah abis tahun. Cepat tul masa berlalu. Minggu dan minggu2 sebelumnya mmg kesibukan kerja opis maupun kerja rumah. Tu pasal tak berkesempatan nak update apa2 kat sini. Yer la byk nak kena setelkan sebelum akhir tahun.

Kerja rumah terbaru yg berjaya siapkan..ni ha..tuk member aku sorang nie, Butik de Idaman dia..mmg nama syarikat nie Butik de Idaman :)

Sebelum tu aku siapkan 2 mockup design tuk dia tengok...so korang la pulak berpeluang tuk tengok dan komen...pastu cuba korang teka design mana yg terpilih...bagi yg betul akan dpt hadiah..mcm biasa la...dpt jadi org pertama tengok website tu bila live kat internet hehe....

ok la...mahu gerak dulu..meeting. adios amigos.
Read more...

13 October 2009

Buat duit dengan blog lagi???

0 comments




Salam semua...

Aku ada terjumpa pasal satu lagi program buat duit, disamping menarik trafik ke blog kita iaitu Mangga Social Advertising Network. Ni satu lagi program untuk buat duit, disamping menarik trafik ke blog kita.

Aku baru jer join. Tengah explore lagi, sbb nak tau apa kelebihan network nie.
Antara benda yg ada dlm network nie:

1. Ianya ala-ala mybloglog dan myblogcatalog - dimana kita boleh socialize, hantar mesej pada partner/member kita
2. Ada friends widget, bila diletakkan di blog kira macam satu backlink kepada kita
3. Leh ajak kengkawan lain join dengan 1 klik sahaja :)
4. Yang bestnya PELUANG KORANG BUAT DUIT dengan meletakkan ads widget di blog kita...best tak best tak...senang jer kan.

Selain kita dok memblog jer...ada gak income tambahan...dari takde ;)

jadi apa lagi...register ler skang..lagi ramai lagi bagus...



ManggaOnline mendapat 200 ribu pandangan dan 120 ribu pelawat uniq setiap bulan.

Read more...

Smart iklan nie

0 comments



Teruja gak aku tgk iklan nie...wpun byk iklan canggih manggih skang...tp bila tgk style iklan Shell nie sedap mata memandang. utk team yg buat iklan nie...ada pesanan buat korang "Takpe...nanti aku belajar buat gak baru korang tau.." hehehe

Read more...

08 October 2009

Perghhh!!! Gambar aku kat billboard ler..

2 comments



Salam semua...masih mood raya ke? Biasala kan raya sebulan. Masa-masa camnie la byk org buat open house, sbb masa raya kan kat kampung halaman masing2. Tajuk kali nie dasat sikit...tp bukan jadi betul2 pun. Sesaja ajer...aku teruja dgn website nie leh edit gambar kita. Tak payah nak tau pasal software editing gambar!!! Korang cuma perlu upload gambar korang..pastu siap.


Banyak gak theme tuk korang pilih. tengok la mana2 yg masyuk ngan jiwa korang hehe.
Gambar yg dah siap tu leh la nak save @ publish kat website @ blog korang. Best tak? Ok kalau korang nak mencuba leh la gi kat website nie...klik sini

selamat mencuba....ok nak sambung keja balik
Read more...

17 September 2009

Selamat Hari Raya

0 comments




Salam semua...

Hari ni last day keja, jalan pun tak jem. Sempena nak menyambut Syawal yg bakal menjelang nie...aku Mohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali aku, sama ada secara online (kawan Facebook, blogger dll) @ pun tidak. Kalau ada salah silap dlm berchat, terkata, terbergurau ker..aku minta maaf banyak2. Sebagai manusia biasa mmg tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Kata-kata terkahir, yg akan pulang ke kampung tu hati2 ler sama ada korang memandu ker, pembonceng ker, naik bas ker...tetap la kena berhati2 kan. Aku doakan semoga raya kali nie dpt keredhaan dan rahmat dari-Nya. Amin... Read more...

15 September 2009

Kad Raya Digital

0 comments



Buat kengkawan semua...mana yg nak antor kat raya digital, nak letak gambar sendiri @ famili...sini aku hadiahkan tuk korang. Korang cuma perlu letak gambar sendiri jer kat tempat yg dah aku sediakan ;) Korang cuma perlu ada Adobe Photoshop jer tuk guna kad digital nie...ok?

Kat bawah nie aku kasik file2 photoshop nyer...so jgn ler segan2 nak download...selamat hari raya.... :)

1. SalamAidilfitri - download
2. SelamatHariRaya - download
3. Salamlebaran - download Read more...

Kad Raya Pertama & Terkahir..mungkin

0 comments



Akhinya dapat gak sekeping kad raya...ni yg di pos bukan digital punya okey...;)
Sejak zaman internet dah berkembang maju, terutama bila dah ada Facebook..lagi la antor kad raya secara digital di lakukan secara besar-besaran tak gitu hehe.

Kalau dulu2, masa zaman belajar terutama sekolah rendah & menengah, walaupun kawan kita satu kelas tetap gak akan dpt kad raya (yer la budak2 mana nak gi pejabat pos) dan yg penting walaupun bukan duit sendiri, kita tetap nak beli kad raya tul dak.

Memasing bertukar2 kad raya, pastu akan gantung kat pokok ler, kat dinding ler. bila pegi beraya rumah kawan2 so leh la tengok kad raya kita di gantung...mmg best sgt. Tp skang, rasanya budak2 sekolah pun dah tak buat cam tu. Memang senang hantar kad raya secara digital nie, tak pun sms...tp tak berapa nak best.

Tiap2 tahun aku akan minta alamat kengkawan tuk aku antor kad raya...tp tahun nie di sbbkan dpt sikit jer kad raya dari company...dah takde perasaan nak antor, sbb nanti ada yg terasa tak dpt. Jadi aku simpan jer la kad raya tu tuk simpanan sendiri. Korang lak camana? dpt byk tak kad raya berpos nie? huhu

p/s: kad raya yg aku dpt tu dari rakan yg berbangsa Cina...terharu...
Read more...

10 September 2009

New Born 090909

0 comments


Salam semua...

Masih bercerita pasal tarikh 090909. Ucapan tahniah buat salah sorang staff kat opis nie yg baru dpt baby ke-3 pada tarikh 090909. Semalam aku pi melawat dia kat DEMC, dia pun tak sangka yg dia akan dpt baby tarikh tu...mmg tuah badan, mana taknya, org lain siap booking nak deliver masa tu...hebat tul sanggup tu bagi kena suntik ubat supaya dpt kasik lahir tarikh dia org nak. Tu la kuasa Allah. Kita merancang, Dia yg mampu menentukan segala2nya.

Sepatutnya member tu beranak 27hb nanti, tp di sbbkan dah smpai seru, maka lahir la sorang baby boy, dari apa yg dia citer, dia rasa nak terberanak tu masa sahur lagi, siap leh siapkan sahur tuk suami ngan anak2...lawak tul...alhamdulillah semua nya ok. Dan ayat yg dia ckp sebelum aku balik..."nak stop ler...dah tak larat dah...cukup la 3 org.." hehehe.

p/s: kita hanya mampu merancang....
Read more...

08 September 2009

Hari nie 090909

0 comments


Salam semua...

Hari nie kalau korang perasan...tarikh hari nie adalah 09.09.09...fuh...mmg cantik no nie ;) Kalau bukan bulan posa...mesti ramai berebut2 buat kenduri kawin tarikh2 cantik macam nie tul dak. Leh gak kalau korang nak buat kenduri time nie...buat waktu berbuka ler...hehe

Disebabkan tarikh istimewa nie, aku terajin sikit buat wallpapper sempena 090909 nie, pada sapa2 yg nak download sila-silakan ler..klik pada gambar tu, right-click pastu save as..senang bukan. "Anda buat anda dapat.." (pinjam kata2 ustazah norbayah...hehe)
Read more...

3 banner tuk Buku Prima

0 comments

Salam semua,


Harapkan korang semua sihat hendaknya di samping menjalani ibadah puasa nie...camne puasa ok lagi tak? Masa2 mcm nie org2 kat opis nie dah mula dengan aktiviti jual beli...tak kira la kuih muih ker, biskut raya ker...mcm-macam la selagi leh jual hehe. Aku pun ada la beli sikit kira syarat ler..kang org dtg umah takde pulak kuih raya. Nak beli byk kang pas raya terpaksa makan kuih raya jer..yer la gaji kan lambat lagi. Tak ke naya...so jgn susah kan diri sendir yer.

Jelos gak dgr korang2 yg dpt bonus time2 mcm nie...sakan la korang ber shopping. Takpe la rezeki masing2 tul dak. Jgn nampak cam byk duit tp rupa2nya pakai kad kredit...tu pun tak berguna juga hehe.

Aku baru setelkan 3 banner tuk website Buku Prima. Tu yg aku leh membloging nie..haha. Ada 7 banner nak kena setelkan. Kalau korang tengok kat atas tu aku letak format jpg jer. kalau nak tengok format Flash, leh gi tengok kat BUKU PRIMA - www.bukuprima.com.my. Dah takde idea aku stop jap..esok sambung...;) ok la nak bersiap untuk pulang....adios amigos

p/s:
Hadith :
Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”


Read more...

03 September 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - DAH LIVE!!!

0 comments



Salam semua...

Berita baik buat sahabat-sahabat semua... Buat semua yg terasa nak antor ucapan buat sahabat handai (bukan handal)...famili ke..website nie dah LIVE!!! best bukan....

So apa lagi...hebah2 kan ler buat kengkawan tak kira ada kat mana...yg penting Free yakni PERCUMA hehe... ok smbung buat kerja...

Read more...

02 September 2009

Sheida - Bridal & Beauty

0 comments



Salam semua...

Fuh cepat tul masa berlalu, hari nie dah 2 Sept 2009, dan dah 12 hari kita berpuasa. Tup..tup dah nak raya. Skang nie pun ramai dok buat persiapan raya. Kuih raya jgn cakap ler awal-awal dah tempah hehe.

Orang2 gomen untung ler dpt "Duit Raya"..pergh seronok betul kalau dpt bonus kan time2 nak raya nie, dgn kenaikan minyak lagi...pergh memang terbaik. Aku raya biasa2 jer la tahun nie. Biar sederhana dari lepas Raya teruk nak ikat perut..emm baik tak payah. biar la org nak ckp kedekut ker apa ker semua. Yang penting kita tau kita punya bujet.

ok stop dulu pasal Raya..sbb tu nanti kita sambung dah dekat2 nak raya baru best hehe. Aku baru abiskan satu job buat logo tuk satu butik nie. Sheida - Bridal & Beauty. Tu la tajuk post aku kali nie..mesti korang heran apa la Sheida tu. Ni satu butik pengantin kat keramat. Minta aku revamp semula logo. Bila dah terpilih logo tu nanti baru la nak teruskan ke langkah seterusnya...buat Bunting & Banner. So tunggu tuk yang lelain tu.



Read more...

27 August 2009

Salam Kemerdekaan yang ke-52

0 comments


Salam semua...

Fuh hari nie memang best tul, sbb hujan lagi. Rahmat di hari Jumaat. Mungkin juga ada yg akan merungut..."Ahh jem lagi nak pergi kerja" takpun "Kenapa tak hujan esok...best sikit cuti" , "Abis lenjun wpun dah pakai baju hujan..." (buat mereka yang bawak motosikal).Jangan la gitu kawan..sbb kalau Allah tak turunkan hujan..kan ke panas kita di bulan puasa nie. Lagi penat berpuasa di musim panas.

Semalam aku berbuka kat putrajaya..sbb mak aku datang dari kpg. Buat korang yg gerak dari Shah Alam nak ke KL, memang jem kan semalam sbb hujan lebat. Tapi mungkin sbb niat aku nak pergi berjumpa & berbuka dengan mak, perjalanan aku jadi lancar, Alhamdulillah. Subhanallah, Allah mengizinkan aku, yer la nak jumpa mak kan. Dapat ler aku makan ketam masak cili hehe.

Hari nie baru dpt tulih sikit sbb tugasan yg di berikan kat aku dapat disiapkan. Korang nak tau apa projek terbaru aku tu kan? Website tuk bagi ucapan buat yg tersayang, tak kira la sapa yg korang sayang. Famili ker, Awek ker, Boypren ker hehe...janji korang nak kasik ucapan tuk raya aidilfitri. Tuk raya lain tak diterima okey.

Kat sini aku kasi letak sikit cara2 nak hantar ucapan korang, yang bestnya bukan setakat korang leh hantar gambar, tp nak antor video pun boleh...ok apa lagi..janga lepaskan peluang yang best nie. Mana yang tak dpt balik beraya kat perantauan tu lagi la digalakan...ok semua sambung kerja...adios amigos.


Ingin menghantar gambar dan ucapan salam Aidilfitri, sila ikut langkah-langkah di bawah.

1. Pastikan saiz fail gambar anda melebihi 1.5MB, di dalam format jpeg. Hantar sebagai attachment dalam e-mel.

2. Dalam emel, pastikan mengandungi maklumat-maklumat wajib seperti ini:

Nama Pengirim:
Lokasi (Tempat Tinggal atau Institusi Pengajian):
Penerangan Gambar (Caption):
Ucapan:

3. Sertakan nama-nama mereka yang terdapat di dalam gambar mengikut turutan dari Kiri – Kanan.

4. Pihak Sinar Harian berhak menyunting ucapan anda mengikut kesesuaian. Teks ucapan anda tidak dibenarkan menggunakan perkataan kesat atau menyinggung mana-mana pihak. Elak menggunakan bahasa yang dipendekkan seperti utk, kpd dan mrk.

Untuk menghantar video, sila muat naik (upload) video anda ke You Tube dan membuat copy and paste "embed" link untuk saiz xxxxxx ke dalam emel. Pastikan institusi pengajian atau lokasi anda berada dinyatakan di dalam emel tersebut.

Rebut peluang dari kami di mana emel yang mengikut kriteria yang ditetapkan akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam akhbar Sinar Harian.

Read more...

24 August 2009

Sempena MERDEKA yg ke-52

0 comments



Salam semua,

Sempena hari kemerdekaan nanti, aku telah tukarkan header tuk majalah REMAJA. Secara rasminya, ni la majalah REMAJA menjadi satu-satunya majalah yang bertukar header mengikut tema...tak tau ler kot2 nanti raya pun nak tukar hehe...insyallah kalau takde banyak kerja yg mendatang. Apa lagi...komen ler sikit header nie...huhu

Semalam masa gi terawikh, tak sangka aku leh jumpe member lama masa belajar dulu. Lama juga tak jumpe dia, team mate aku main badminton. Memang rezeki la nak jumpe kawan lama semula. Pas nie hari2 ler jumpe member tu. Terkenang balik zaman2 belajar dulu. Biasa la sekarang nie memasing dah ada kehidupan sendiri, dah ada famili sendiri, anak-anak lagi, memang susah nak jumpe walaupun tinggal berdekatan. Harap-harap masa raya nanti dapat ler jumpe member lama.

Ok la ada task baru nak buat sempena Raya nanti...kalau dah siap projek nie dah siap aku akan war-warkan..so tunggu...

P/S: Hari nie kelas After Effect akan bermula. Semalam installer tertinggal, nak belajar? Lai lai..;)
Read more...

23 August 2009

Salam Ramadhan

0 comments



Salam Ramadhan buat semua. Cepat tul..dah tiba bulan puasa, dan dah 3 hari kita posa. Memang cepat masa berlalu. Bila citer pasal bulan posa nie, antara benda yg tak leh terlepas dari ingatan :

1. Bersahur & berbuka ngan famili kat kpg masa 1 Ramadhan tu...
2. Bazar Ramadhan - Rambang mata nak beli juadah, pastu bile time berbuka minum air jer dah kenyang
3. Buffe buka posa - ni lagi satu pembaziran, mana taknya bayar mahal2 tp makan tak smpai pun reger tu tul dak
4. Antara makanan fav masa bulan posa - murtabak, roti john, tak pun ayam golek hehe
5. Time rehat - TIDO hehe

Tu diantaranya la...kalau korang ada pengalaman2 lain leh tambah lagi. Tapi time bulan posa nie yang paling aku terkenang sgt..masa dulu2, aku ni jadi postmen tuk opah aku. Korang pernah tak tukar2 juadah ngan jiran2...ha aku jadi tukang hantarnya la. Walaupun rumah jiran berjauhan, tetap gak dpt juadah yg opah aku masak. Opah akan masak banyak2, pastu aku ler kena pi hantar makanan tu. Pastu Jiran akan balas semula...mmg meriah la makanan kalau bertukar2 nie. Kenangan nie mmg tak dpt di lupakan sampai bila2.

Tapi tu dulu, skang nie jiran selang sebuah rumah pun dah tak kenal. Nasib baik la jiran sebelah rumah aku ok...semalam dia bagi juadah kat kita org, Pajeri terung ngan Ayam Goreng. tu yg terus aku teringat zaman kecik2 dulu. Tu yg lagi membuatkan bulan puasa kita meriah...bukan kerana nak raya jer. Masih boleh ke dia praktikan lagi amalan camtu? Nostalgia betul...

P/S: Time rehat di bulan posa nie aku adakan sesi mengajar After Effect, sapa nak belajar leh la datang sini...hehe
Read more...

20 August 2009

PDF convert to Word

0 comments




Semalam dok mencari2 mcm mana nak tukarkan PDF kepada word, aku terjumpe la satu website nie. Leh convert kan korang punya PDF ke Word secara online. Nasib baik ler internet ok semalam dan tak buat perangai kalau tak..mmg lembab ler nak convert online nie...

Kalau korang nak & perlukan tuk convert file PDF tu..gi la kat url nie http://www.pdftoword.com/. Senang dan mudah. Aku try carik installer, tp tak berapa memuaskan. maybe kena beli kot kalau nak best tu.

Esok kita semua dah start posa...kat sini di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf buat korang semua kalau ada salah silap. Aku bersyukur masih lagi boleh menyambut Ramadhan kali ni...alhamdulillah. Buat semua..selamat menyambut bulan posa...mudah mudahan puasa tuk tahun nie mendapat keberkatan, dan mari la sama-sama kita doakan agar penyakit berjangkit H1N1 nie...hilang dari muka bumi nie. Amin.
Read more...

19 August 2009

Remaja...H1N1...mask...

3 comments



Salam semua...

Baru leh nak tulih. mana taknya pas abis event Nur * Dara.com hari tu terus ada tugasan baru....kena tolong si Su tuk setelkan design website remaja. Tp alhamdulillah dah setel nanti aku kasik tunjuk designnya bila dah confirm...korang la org pertama dpt tengok design website remaja yg baru hehe.

Skang nie musim penyakit berjangkit...kat opis kena pakai mask, dan kat opis juga ada anak2 staff di sini yg disyaki. Aku doakan semuga anak2 dia org nie cepat sembuh..amin. Dalam keadaan mcm nie pun ada juga org nak ambik kesempatan, mask tu dia org naikkan harga..apa nak jadi dia org nie. Semalam aku gi kat farmasi satu pasaraya nie, patut mask yg 1 layer tu, harga dia dlm 35sen, dia org bantai pi jual sampai 70sen. Memang la senang kat sini tp kat SANA nanti menjawap ler.

Bukan jer gula disuruh jadi barang kawalan, mask tu pun dah kena jadi bahan terkawan...apa la dia org nie. Bercakap pasal mask nie...ramai gak yg tak mempunyai kesedaran. Masa aku gi beli barang dapur semalam, aku rasa ada la dlm 15 org termasuk aku yg pakai mask, emm entah la..bila dah kena baru nak kawal kot. Memula pakai mmg la rimas tapi lama ok ler. Pastu bawak anak kecik lagi...aduhhh satu hal.

Ok la, aku nak pi makan dulu..nanti ada benda best aku kasik tau...adios....
Read more...

05 August 2009

Cuti panjang...

2 comments

Salam semua...

Apa kabo kengkawan semua, sihat la hendaknya. Aku bercuti panjang..bukan cuti jalan2 cari makan @ 2 hari 3 Malam, tapi aku cuti disbbkan aku sakit. Kali nie sakit mmg lama...start dari hari khamis aku kena demam panas. Skang nie bahaya, demam terus kena gi check. Petang Khamis tu aku gi la klinik, mmg panas..38.8darjah culcius. Doktor pun kasik MC, dan suh datang semula dlm 3 hari takut Denggi.

Alhamdulillah selepas 3 hari aku dah ok...demam dah kurang, atas nasihat doktor aku belasah 100plus ngan makan ubat, so badan dah ok cuma tak recover sepenuhnya lagi. Rupa2nya memang ada kes la kat area umah aku. Semalam ada fogging, disbbkan aku ada kat umah, aku suh org tu foging dlm umah...mmg berbau minyak la umah aku, tp lega nyamuk dah takde lagi.

Pas dah setel demam panas, dah aku kena Demam Campak lak...tp nasib yg macam ruam jer, so tu yg sambung cuti lagi tu. Semua yg terjadi ada hikmahnya. So video2 tuk event dara & nur aku terpaksa la siapkan kat umah. Hari jumaat nie nak review..perghh risau gak nie, harap2 aku sempat la buat semua.

Buat kengkawan semua, skang nie kalau kena demam ke batuk ker...cepat2 la gi klinik. Sakit skang nie kita tak leh jangka. Akak kat sebelah umah aku pun dah kena cuti, sbb sekolah dia ada kes N1H1. mudah2an kes nie cepat la hilang...sbb sakit nie tak dpt detect...walahualam.
Read more...

27 July 2009

Rakan dari Nepal

1 comments

Bagi sebuah wilayah yang kecil, pandangan darat Nepal adalah amat berbeza dari Terai yang lembap di selatan hingga ke Himalaya yang tinggi mengawan di utara. Nepal mempunyai lapan daripada 14 buah gunung yang tertinggi di dunia yang menjadi kemegahannya, termasuk Gunung Everest di sempadannya dengan China. Kathmandu ialah ibu negara serta bandar rayanya yang terbesar. Bandaraya-bandaraya utamanya yang lain termasuk Bharatpur, Biratnagar, Bhairahawa, Birgunj, Janakpur, Pokhara, Nepalgunj, dan Mahendranagar. Asalnya nama Nepal tidak pasti, tetapi pemahaman yang paling umum ialah perkataan ini berasal daripada Ne (suci) dan pal (gua).


Saja jer suspen...sebenarnya bebaru nie (semalam..) aku telah di add kat YM (yahoo mesenger) dari sorang rakan baru dari Nepal. Apa yg specialnya smpai aku tulih kat blog nie? sbb tak sangka ada org dari luar yg singgah dan berminat tuk kenal ngan aku. Dia nie student mekanikal enginering. Dia siap ckp kalau leh tukar bahasa kat blog aku nie ke bahasa Inggeris....korang rasa patut ke idak aku tukar blog nie jadi bahasa inggeris?...ok kita buat undian sikit ler ok tak hehe...



Read more...

26 July 2009

Perasmian surau di Karangkraf

0 comments

Salam semua...
Adakah monday bluess...hehe...takpa paham-paham biasa la bila dah cuti lelama (lama ke? aku rasa kejap jer cuti :( ) Weekand lepas gi sepang kenduri kawin sepupu, pastu balik dah petang, singgah Summit, tak plan pun. Tp yg best akhirnya aku dpt gak tengok Ice Age...perghh punya la dah lama nak tengok..tp tak berkesempatan, kengkadang apa yg kita tak rancang tu jadi...tp jgn la asik tak merancang jer bahaya gak tu...bak kata pepatah "Jika ada tidak merancang...anda merancang untuk gagal" ha...takut tak? ;)

Minggu lepas selain ada gerhana matahari, ada lagi satu peristiwa yg patut di ingat oleh warga karangkraf...yakni perasmian surau. Masa perasmian surau tu, ada jemputan dari tuan rumah, Pak Ary, siapa Pak Ary nie? Bagi mereka2 yang pernah pergi ESQ165 tentu kenal Pak Ary. Kat sini aku letak sikit ucapan Pak Ary semasa perasmian surau tu. Masa dia bagi ucapan...pergh semua khusuk mendengar. Mmmg menyusuk kalbu gak ler ucapan dari Pak Ary. Antara kata-kata dia yg buat aku teringat2 ialah :

Masjid ada 2, iaitu masjid besar dan masjid kecil. Masjid kecil dimana tempat kita bersolat, seperti ini dan semua masjid yg ada, manakala masjid besar itu adalah Dunia kita. Apa yg kita buat di dunia ini menjadi ibadah dan setiap ibadah di catit kebaikannya...


p/s: Al-fatihah buat keluarga kak Fiza & juga keluarga Yasmin...


Read more...

24 July 2009

Design header website...nanti promote yek

0 comments


Salam semua,
Camana kengkawan semua sihat? Hari nie takde citer menarik sgt, cuma aku baru balik shooting kat UNZA, USJ. Kali nie shoot video tuk interview PR dia org, yer la Safi penaja rasmi tuk event Nur & Dara kali nie...so mulai hari nie kena layan video editing jer la...aku rasa silap haribulan weekand kena datang gak...emmm

Kelmarin aku sesaja la buat @ bagi cadangan tuk Raja Kamil pasal header website dia...dia ada tanya apa yg sesuai nak buat header website dia...so aku kasik la cadangan. Tp tangan ni gatal gak tu mendesign so aku buat la sikit kasik dia tengok...sekali ptg ni dia YM aku ckp cantik..dan walllahhhh terus dah secara rasmi dia letak kat header website dia...satu penghormatan bagi aku. RK leh la promote aku lak pas nie yek...hehe

Ok la kengkawan semua, aku nak kena start dah nie pikir apa cara terbest tuk video Nur Dara nie.. doakan aku berjaya.

p/s: Ketika kita tidur malam nanti, belum tentu kita akan bangun esok pagi. Ketika kita baring, belum tentu kita mampu bangkit dan menikmati keindahan sinaran mentari.
Read more...

15 July 2009

Video Shoot masak-memasak bersama NONA

2 comments


     

Salam semua...

semalam saharian takde kat opis, sbb kena kuar shoot video sebagai second camera man bersama zul. Kali nie utk rancangan masak-memasak majalah Nona..sekali lagi majalah bukan rancangan NONA kat tv3 tu...

Tapi kali ni shoot dekat siki dengan shah alam, tu kat Seremban umah Cheff Rahman, cheff tuk ADABI. Dan ini la first time aku shoot untuk rancangan memasak...ok la nanti bila dah edit aku kasik tunjuk video yg aku shoot tu...leh tak sama tarap ngan Naked Cheff punya programe hehe.

Ada 10 jenis hidangan yg cheff tu buat, semua tuk keluar kat majalah Nona sempenan keluaran hari raya. mmg tak sia2 la gi shoot..sambil dapat pengalaman perut pun kenyang haha...siput sedut, sup daging, rendang kerang, rendang daging fuhh citer pun tak guna lah...korang nak try resipi tu, leh dptkan Nona keluaran akan datang. aku tak sempat salin sbb aku dok pegang video camera, tak sempat pegang pen & kertas.
ok jumpe lagi nanti, dah siap video aku kasik up...adios amigos.

Read more...

10 July 2009

Facebook ada lagu???

2 comments


Salam semua...cepat tul masa berlalu dah hari jumaat, esok cuti. nasib kerja2 ada yang dah setel. Post kali nie nak citer pasal Facebook. Tak sangka FB pun dah ada lagu...sungguh hebat penangan FB nie kat umat dunia nie. Kira sapa yg takde FB tu ketinggalan lah (yer ker...bagi aku tak juga...)

Macam2 org guna FB nie, tuk carik kenalan, kongsi minat, berniaga dll. Tak kira apa pun korang buat..pastikan buat yg bebaik jer...jaga etika terutama kita nie di kenali org yg penuh sopan santun.

Ok la buat korang yg nak layan lagu nie aku kasik download..nak download kat sini... apa? nak lirik...ok no hal...nah aku kasik lirik sekali heheh... so selamat berhibur :)


My Facebook - GIGI

Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba
Bekas kekasih yang lama hilang
Satu dari kekasih yang terbaik
Mungkin waktu yang ku persalahkan
Mungkin saja keadaan yang salah
Terpikir hati untuk mendua
Tapi nurani tak bisa mendua

[*]
Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama
Ku hanya bisa membagi cerita nostalgia

[**]
Cuma itu yang ku berikan
Cuma itu yang ku bisa persembahkan
Karna aku ada yang punya
Tapi separuh hati ini untukmu

Ku bisa saja putuskan dia
Ku bisa menutup semua cintaku
Tapi apakah kau pun setuju
Menyakiti seorang manusia

Back to [*][**]
Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama

Back to [**]

Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba hmmm

Read more...

08 July 2009

Photoshop CS4 buat semua

0 comments


Salam semua...

Fuh, lama tul tak update. Mana taknya tak sempat langsung nak mengadap blog nie, ada beberapa projek utama yg perlu disiapkan dulu. Mockup design + video shooting. 

Baru-baru nie gi shooting kat menara KL, rasa2 nya nie kali ke 4 kot pegi, 3 atas urusan kerja. Last aku gi sana masa event ulangtahun majalah REMAJA. Dan yg terbaru nie, tuk event majalah DARA & NUR. ni baru pra-event jer.. event yg sebetul2nya bulan depan..perghh masak...nak siapkan video...dah nak kena start dah nie, kang naya jer tak siap keja. 


Sebelum mengundur diri, nah aku kasik Photoshop CS4 buat korang semua, free jer nie sbb nanti kita akan ada lagi tutorial2 nak buat. Kalau takde software nie payah gak kan ;), korang leh la download kat sini 

Yang nie photoshop portable, lebih kecik saiznya. Kalau yg biasa, mau nak cecah 900mb. So kalau nak jimat space install ler yg portable jer...Selamat menginstall ;) kat sini 



Read more...

25 June 2009

Scroller tuk blog korang...

0 comments



Salam semua,
Kali nie ada terjumpa satu gajet nie...smart gak, leh buat promosi kat website korang. Senang sangat nak guna..korang cuma gi kat website nie
http://www.myflashfetish.com/myspace-text-scroller.php , pastu ikut jer steo yg aku tunjuk kat bawah nie...

1. masukan teks kat ruang kosong tu
2. pastu pilih warna ikut kesukaan korang.



3. Tekan button save, kemudian akan kuar page yg ada code untuk korang copy. Copy code tu pastu letak la kat website korang...senang bukan...selamat mencuba ;)



p/s: Berita baik buat korang yg suka membaca, leh dapatkan e-book pasal 3 cara buat duit menggunakan blog..yg penting PERCUMA. Klik sini tuk mendownload...selamat membaca


Read more...

23 June 2009

Memendekkan url/link Facebook anda..

0 comments

Salam semua...

Diharapkan semua kengkawan sihat la hendaknya...fuh best tul hujan lebat pagi tadi, smpai datang kerja pun terlewat. Biasa la, kalau kat Shah Alam nie, dan mana2 kawasan KL nie, hujan renyai pun leh jem..tak paham betul

Kali nie aku nak citer pasal lagi satu kelebihan yg ada kat Facebook, memendekan url korang. Takde la korang nak ingat url Facebook yang panjang berjela cam nie kan... http://www.facebook.com/people/NamaAnda/12452154. Lagi senang nak ingat url mcm nie http://www.facebook.com/mohd.mazri. Caranya senang jer...

memendekkan url
memendekkan url

Klik kat sini di http://facebook.com/username. Minimum 5 perkataan dan ada auto suggest bagi username anda.

fb22

Selamat mencuba ;)

p/s: Dapatkan e-book 3 Idea Buat Duit Dengan Blog nie secara percuma dlm format PDF. Klik sini untuk download. Yang penting PERCUMA hehe

Read more...

Tutorial: Blur kan imej

0 comments


Salam semua...

Pekabo kengkawan semua...kali nie aku rasa nak letak tutorial paling senang korang nak ikut. Aku tgk, kebanyakkan kengkawan kat friendster terutama Amira, suka sgt edit gambar..korang kenal tak amira? takpe nanti mesti korang kenalnya...sabar yer.

Ok skang mari kita mulakan tutorial, bahan2 yg kita perlukan...
i. Gambar sesuka hati...
ii. Adobe Photoshop (ni paling penting kena ada nie..kalau tak..tak jadi hehe)

Cara-caranya:
  1. Buka gambar yang hendak di edit.



  2. Duplicate layer asal, klik pada layer gambar tadi kemudian tekan ctrl+j sekarang namakan layer baru tersebut dengan nama blur (nama apa- apa pun tak kisah sebenarnya ;))

  3. Pilih Filter > Blur > Gaussian Blur . Jadikan nilai tersebut 2.0 (lagi besar nilai gambar akan jadi lebih blur)

  4. Kemudia klik pada icon Add vector mask di bahagian bawah layer. Ini akan menambah satu kotak putih di sebelahnya, betul tak?

  5. Pilih brush, dan pastikan warna hitam sebagai pilihan. Kemudian klik pada kotak di sebelah gambar di layer Blur tadi (seperti rajah dibawah)

  6. Sekarang masa untuk menconteng…gunakan brush tadi hanya di kawasan gambar yg hendak kelihatan jelas sahaja.

  7. Untuk mengecilkan @ membesarkan saiz Brush gunakan simbol “{ “ atau “}” di keyboard korang.

  8. Dah siap pun…skang leh ler buat tuk gambar2 lain lak…ni la masa nak tunjuk kat member2…hehehe.


  9. Contoh lain yg aku dah buat...

  10. Selamat mencuba...kalau tak tak berjaya sila la tanya jgn segan-segan... kalau segan pegi Bagan ;)

Read more...

18 June 2009

Free Theme for Blogger...

0 comments



Salam semua...

Fuh tajuk kali ni mmg best...

1. sbb ada perkataan FREE yakni percuma (semua org suka benda percuma kan huhu)
2. sbb dlm bahasa ibunda, BI (bahasa Inggeris) ...menyahut seruan kerajaan nanti SPM kena lulus BI tahu adik2. ;)

bagi kengkawan yg guna blogspot dan dah boring ngan penampilan yg sedia ada...boleh la tukar pada theme yg lebih best...pilih jer kat website nie http://wpbloggerthemes.blogspot.com. cara2 nak tukar semua ada di ajarkan.

aku pun guna theme yg dah di download, cuma aku tukar dari yg asal jadi la seperti skang nie. tak best la Header asal tu..baik buat sendiri, nak buat sendiri kena ada sikit kemahiran dlm photoshop...tak tahu leh tanya..sila-sila.

so apa lagi..mari lah sama2 kita menukar theme kita...adios amigos...nandos
Read more...