Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

21 December 2011

Canon Vs Nikon mana HEBAT!

0 comments



Buat die hard fan Canon & Nikon jom kita tgk sapa hebat ;)

Read more...

31 March 2011

interview Ahmad Izham Omar

2 comments



Minggu lepas aku berkesempatan shoot video di event Brand Laureate. Kali ni tugas aku tuk jadi "wartawan" sahaja..so cari VIP @ pemenang2 pada malam tu untuk di interview. Salah sorang yang aku cukup respek...bila dpt interview bos TV9, Ahmad Izham Omar. Ucapan dia mmg terbaek lah..sungguh merendah diri.

Antara yang datang malam tu, Chong Wei, nicol david, Dr Zeti Akhtar Aziz dan ramai lagi lah. TQ so much di beri peluang nie...

Read more...

10 October 2010

Terjun...tapi tak cedera...fuhhh

0 comments



Salam semua...

Jap jer dah abis bulan Syawal. tu maknanya dah abih masa kita selama sebulan..sedar tak sedar dah sebulan ler. Weekand lepas pun masih ada kawan2 yang jemput open house. Terima kasih la pada tuan rumah En. Syamsul Bahrin :)

Tapi apa kaitan ngan tajuk post aku nie? Takde lah...takde pun jadi apa...cuma terjun ke bidang video perkahwinan lak...rezeki ke arah nie pula. Mana tau lama2 terus jadi serius dari hobi & suka2...:)

Selain tu aku ada gak shoot tuk event, tapi event takde la nak ambik angle2 pelik2....tuk event koporat...pacak atas tripod sudah hehe...sonang kerja.

Ok lah...sambung kerja...adios amigos...
Read more...

08 May 2010

Perasmian website baru Nona

0 comments

1hb Mei yang lepas, telah berlangsung majlis pelancaran Website NONA yang baru...kira new look ler. Majlis berlangsung di Royal Chulan, dengan konsep arabian night..fuhh hebat bukan.. (tu tuk hadirin ler...aku yang bertugas nie mana nak pakai ikut tema...)

Tuk event tu, aku di tugaskan tuk buat montaj perasmian. So korang leh la tgk video yg aku upload nie yerk. So pasni sapa2 nak buat montaj, tak kira la montaj perasmian ker, montaj kenduri kawin ke...leh la cari aku hehe. So Layan...

Read more...

26 July 2009

Perasmian surau di Karangkraf

0 comments

Salam semua...
Adakah monday bluess...hehe...takpa paham-paham biasa la bila dah cuti lelama (lama ke? aku rasa kejap jer cuti :( ) Weekand lepas gi sepang kenduri kawin sepupu, pastu balik dah petang, singgah Summit, tak plan pun. Tp yg best akhirnya aku dpt gak tengok Ice Age...perghh punya la dah lama nak tengok..tp tak berkesempatan, kengkadang apa yg kita tak rancang tu jadi...tp jgn la asik tak merancang jer bahaya gak tu...bak kata pepatah "Jika ada tidak merancang...anda merancang untuk gagal" ha...takut tak? ;)

Minggu lepas selain ada gerhana matahari, ada lagi satu peristiwa yg patut di ingat oleh warga karangkraf...yakni perasmian surau. Masa perasmian surau tu, ada jemputan dari tuan rumah, Pak Ary, siapa Pak Ary nie? Bagi mereka2 yang pernah pergi ESQ165 tentu kenal Pak Ary. Kat sini aku letak sikit ucapan Pak Ary semasa perasmian surau tu. Masa dia bagi ucapan...pergh semua khusuk mendengar. Mmmg menyusuk kalbu gak ler ucapan dari Pak Ary. Antara kata-kata dia yg buat aku teringat2 ialah :

Masjid ada 2, iaitu masjid besar dan masjid kecil. Masjid kecil dimana tempat kita bersolat, seperti ini dan semua masjid yg ada, manakala masjid besar itu adalah Dunia kita. Apa yg kita buat di dunia ini menjadi ibadah dan setiap ibadah di catit kebaikannya...


p/s: Al-fatihah buat keluarga kak Fiza & juga keluarga Yasmin...


Read more...

15 July 2009

Video Shoot masak-memasak bersama NONA

2 comments


     

Salam semua...

semalam saharian takde kat opis, sbb kena kuar shoot video sebagai second camera man bersama zul. Kali nie utk rancangan masak-memasak majalah Nona..sekali lagi majalah bukan rancangan NONA kat tv3 tu...

Tapi kali ni shoot dekat siki dengan shah alam, tu kat Seremban umah Cheff Rahman, cheff tuk ADABI. Dan ini la first time aku shoot untuk rancangan memasak...ok la nanti bila dah edit aku kasik tunjuk video yg aku shoot tu...leh tak sama tarap ngan Naked Cheff punya programe hehe.

Ada 10 jenis hidangan yg cheff tu buat, semua tuk keluar kat majalah Nona sempenan keluaran hari raya. mmg tak sia2 la gi shoot..sambil dapat pengalaman perut pun kenyang haha...siput sedut, sup daging, rendang kerang, rendang daging fuhh citer pun tak guna lah...korang nak try resipi tu, leh dptkan Nona keluaran akan datang. aku tak sempat salin sbb aku dok pegang video camera, tak sempat pegang pen & kertas.
ok jumpe lagi nanti, dah siap video aku kasik up...adios amigos.

Read more...

15 June 2009

Video shooting NUR & DARA di UNZA

0 comments


Salam semua...

Semalam ada video shooting kat UNZA, korang tau tak UNZA tu amende? tp kalau sebut produk nie mesti korang tau kan -> Safi, Dashing, Elite(bukan kumpulan Elite tp gel rambut hehe) ..ha kan dah ckp mesti korang tau punya.

UNZA nie syarikat yg mengeluarkan semua produk2 tu ler....berdepan dengan MYDIN subang. masa memula nak pegi tu, tak tau gak UNZA nie kat mana tp bile dah ckp depan MYDIN baru tau, senang rupanya. 

Separuh hari jer aku pi shoot kat sana ngan zul. ok la dpt goodie bag lagi hehe, tp tu la semua produk safi, camana nak gune. Tak dpt nak upload video lagi, sbb kena la edit sikit, so nak tgk video kena la tunggu....hehe. buat Amrina (salah seorang finalis) terima kasih ler sbb sudi ambik gambar videographer yg sedang bertugas nie...leh tunjuk kat bos..bukti ni bukti tgh bekerja hahaha...


Read more...

27 May 2009

Brand Marketing Yang Ado...

2 comments

Salam semua,
Pas balik balik dari Teluk Batik, ikut team Brand Marketing punya brainstorming, aku saja2 la shoot video kat sana. Bila dah kat opis ramai yang dok bertanya

"mana video ayie?" ; "video dah siap ke akak nak tengok?" ; "dah siap ke video?"

jadi aku pun mengedit la video2 yang aku shoot tu, tp aku suka part karaoke jer yang lelain tu tak sgt. jadi tuk julung2 kalinya aku kasik up kat sini antara video2 yang aku dah edit...bukan Malaysian Idole...tp
Brand Marketing Yang Ado...

p/s: seperti biasa software yang aku guna Primier Element + After Effect





Read more...