29 December 2010

Tahniah!!!

0 comments



Salam semua;

Semua dah tau, pasal kemenangan Malaysia semalam, pulak tu dengan musuh tradisi...jadi post kali nie nak ucap SYABAS & TAHNIAH, dah 14 tahun baru dpt balik piala nie. Team Malaysia memang best semalam.

Buat korang yg nak tengok berulang kali aksi2 kemenangan (wpun semalam kalah 2-1)jom tgk video kat bawah nie...ok adios



Read more...

29 November 2010

Pertandingan tidorkan baby...

0 comments



Salam semua,

Baru setel buat banner tuk satu pertandingan PAMA, nama pertandingan nie Dodoi si Dodoi. Pertandingan ni khas buat Papa & Mama sekalian. Caranya? ha..gini...

Korang (yg ada baby @ anak, kena la dodoikan anak2 korang, tak kira la nak nyanyi lagu apa...janji leh tidurkan anak tu... (jgn korang lak yg tido...hehe.

Pastu recordkan cara2 korang dodoikan anak korang tu...- video sahaja....gambar tidak akan dilayan. Ok leh la start record yer pertandingan mula 1 Disember 2010.

Syarat-syarat nya leh la tengok kat website PAMA....selamat mencuba
Read more...

15 November 2010

Tweet..Tweet...Diskaun 20%...

0 comments



Tweet...tweet...wah karangkrafmall pun dah ada tweeter. Sempena wujudnya tweeter tuk karangkrafmall nie, untuk mereka yang terawal 'tweet tweet' leh dpt diskaun 20% tuk pembelian di karangkrafmall. Jadi apa tunggu lagi...jom la ber'tweet'

Tugasan: Banner Promosi tuk karangkrafmall
Software: Photoshop + Ilustrator


Read more...

02 November 2010

Magic Book

0 comments


Semalam jalan2 cari barang terjumpe la satu buku yg di katakan Magic nie. Aku pun beli la satu, ingatkan apa yg magic sangat. Aku ingat ada cara-cara ajar magic ke..buku tu leh bertukar jadi duit ker...(berangan..., rupa-rupanya....
buku ni memamng magic, cuba la tengok video yg aku upload nie...


Memang kreatif la dia org yang buat buku ni...cuma gerakkan plastik/ film paper yang di letakkan atas gambar khas kat buku ni. Pastu gerakkan kekiri @ kekanan....Walla!!! Terhasil lah animation...smart kan.

So esok nak pegi beli yang lain2 buat koleksi...ada sapa mau kirim...angkat tangan ;)
Read more...

27 October 2010

buat para Grafik Designer...

0 comments


Terjumpa lak gambar2 nie...menarik gak...buat motivasi kepada para graphic designers semua ;)

lagi gambar-gambar motivasi tuk korang ;)


















Read more...

26 October 2010

Promo tuk Alaf

0 comments



Kena buat banner tuk promote event alaf21 hujung minggu nie. Bagi penggemar2 buku @ novel, leh la singgah kat Alaf21 nanti ek...
Read more...

10 October 2010

Terjun...tapi tak cedera...fuhhh

0 comments



Salam semua...

Jap jer dah abis bulan Syawal. tu maknanya dah abih masa kita selama sebulan..sedar tak sedar dah sebulan ler. Weekand lepas pun masih ada kawan2 yang jemput open house. Terima kasih la pada tuan rumah En. Syamsul Bahrin :)

Tapi apa kaitan ngan tajuk post aku nie? Takde lah...takde pun jadi apa...cuma terjun ke bidang video perkahwinan lak...rezeki ke arah nie pula. Mana tau lama2 terus jadi serius dari hobi & suka2...:)

Selain tu aku ada gak shoot tuk event, tapi event takde la nak ambik angle2 pelik2....tuk event koporat...pacak atas tripod sudah hehe...sonang kerja.

Ok lah...sambung kerja...adios amigos...
Read more...

07 July 2010

Paul si Sotong akan di masak...

1 comments



Gara-gara german kalah ngan Spain semalam, dengar citer Paul si Sotong peramal akan di masak...

Tu la yg korang gi percaya ckp si sotong tu kenapa...pastu dah kalah nak marahkan dia lak....dia kan takde akal..tak leh pikir...

Agak2nya masak apa yg best ek? Sotong kangkung..tak pun sambal sotong...tak pun Sotong goreng tepung...sodap gak tu hehe

p/s: Kata Nabil "Lu pikir la sendiri..."

Read more...

Paul si Sotong - "Ramalanku Benar Belaka"

0 comments



Jika ditanya, binatang apakah yang sedang hangat dipasaran sekarang, jawapannya adalah sotong! hehe... Tak lain tak bukan, gara-gara sotong psikik bernama Paul yang telah berjaya membuat ramalan dengan tepat perlawanan Jerman/Germany dalam piala dunia 2010 setakat ini.

Terbaru, Sotong Paul telah membuat ramalan perlawanan separuh akhir piala dunia antara Jerman/Germany vs Spain. Dan hasilnya, ramai tak puas hati dengan sotong psikik ini apabila Paul telah memilih Spain yang memenangi perlawanan tersebut. Haha...memang nak kena buat sotong goreng tepung la ko Paul kalu tekaan ko silap.

So jangan la percaya sangat...semua tu kebetulan kalau betul. Kalau kita manusia yg berakal nie percaya kat sotong..tak tau ler apa cher...dah jadi sotong la kita semua haha.. Read more...

11 May 2010

FUH!!! Dapat hadiah...

0 comments


Tahniah dan Terima Kasih

Terima kasih kerana mengiklankan dan menyokong Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! di blog tuan/puan.


Salam semua...

Tu la antara ayat dlm surat yg aku dpt......yup..dpt hadiah dari PTS sbb promosikan banner dia org kat blog. Senang bukan. Tu la di namakan rezeki, dan aku dpt buku yg paling mahal anatara 3 buku yg aku senaraikan. ok la nak sambung baca buku tu kang...


Read more...

09 May 2010

Selamat Hari Ibu

2 comments



Selamat Hari Ibu untuk mama kat taiping & mak kat sungai buloh, & tuk semua ibu2 kat dunia nie...semoga pengorbanan kalian semua di balas oleh-Nya. Semoga semua ibu2 mendapat perlindungan daripada-Nya, semoga semua ibu2 sejahtera hendaknya.

Pengorbanan ibu2 semua tak terbalas dgn wang ringgit maupun kederat kita. Terima kasih kerana menjadi ibu kami2 semua. Selamat Hari IBU.



Read more...

08 May 2010

Perasmian website baru Nona

0 comments

1hb Mei yang lepas, telah berlangsung majlis pelancaran Website NONA yang baru...kira new look ler. Majlis berlangsung di Royal Chulan, dengan konsep arabian night..fuhh hebat bukan.. (tu tuk hadirin ler...aku yang bertugas nie mana nak pakai ikut tema...)

Tuk event tu, aku di tugaskan tuk buat montaj perasmian. So korang leh la tgk video yg aku upload nie yerk. So pasni sapa2 nak buat montaj, tak kira la montaj perasmian ker, montaj kenduri kawin ke...leh la cari aku hehe. So Layan...

Read more...

Tukar Layout

0 comments

Salam semua,

Aku terpaksa tukar layout sbb..tak tau la sebab musabab nya. Layout lama dah tak leh guna aduhhh...sengal tul...

Sementara blank jer baik aku tukar theme lain sementara aku nak buat design baru. Skang nie dengan projek, event tuk Yayasan Nur. Antara item-item yg kena ada tuk Yayasan Nur nanti...

Item-item tuk projek Yayasan Nur :

1. Website (official website...dlm pembinaan)
2. Video - rumah orang-orang yg memerlukan.
3. Montaj - tuk malam amal.



Sekarang antara benda yg dah ada iklan-iklan & banner2 tuk Yayasan Nur...ha yang tu dah siap. OK la mau sambung balik perah idea tuk Event tu nanti...adios.


Read more...

23 April 2010

Event PPMH

0 comments



Minggu lepas, aku terlibat secara tak langsung tuk event PPMH - Media Hiburan, event nie berlansung kat Saloma Bistro. Ramai gak artis datang. Leh dikatakan meriah gak ler.
Event nie berkisar









Along Raja Lawak dan Didie Alias jadi pengacara tuk ari tu, parti itu sememangnya begitu santai dan rileks dengan kategori anugerah-anugerah yang semuanya melibatkan bentuk fizikal selebriti seperti Anugerah Artis Lelaki Mata Mengancam, Artis Hidung Memukau dan sebagainya. Kadang-kadang, kelakar gak.

Ini membuktikan anugerah PPMH berbeza dengan anugerah yang lain yang ada dalam industri hiburan tanahair. Kalau perhatikan betul-betul, kategori ini diperkenalkan setelah menyedari peminat kat luar sana bukan sahaja meminati bakat yang ada pada seseorang artis itu semata-mata. Realitinya, ada peminat yang suka kepada faktor lain seperti fizikal dan keperibadian yang mereka miliki.



Senarai kategori & pemenang2nya ada kat bawah nie:

Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
Artis Kacak – Kamal Adli
Artis Jelita – Diana Danielle
Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi

* Anugarah Khas Media Hiburan – Dato’ Siti Nurhaliza
* Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan – Ramlah Ram (Sempena 25 tahun penglibatan dalam industri seni)
Read more...

08 March 2010

Mencari Font yg hilang

0 comments

Salam semua,

Bagi korang yg ada masalah nak cari font jenis apa...katakan la font tu ada kat gambar mana2...so korang leh la guna website nie sebagai panduan..apakah font yg di gunakan...

sebagai contoh cam aku mencari font apakah ini...


Untuk selesaikan masalah...

Guna jer website nie...http://bit.ly/myfotns


Read more...

11 February 2010

20% lagi nak siap...TRANSFORMASI

0 comments


Alahamdulillah..member aku ni suka ngan design yg aku buat. (kalau tak suka aku paksa gak ler supaya dia suka). Dia buat cupcake & segala kek la. Dia nak kasik nampak cam pro sikit blog dia.

Aku kasik cadangan supaya dia terus beli domain sendiri, tp katanya nak guna blogspot dulu. Ok la kalau dia dah ckp camtu, customer always right man...haha

Skang ni dlm proses nak betulkan sikit2 design yg sedia ada...kira nie proses tachap ler. So tunggu bila betul2 siap korang leh la tengok website dia yg telah aku MAKEOVER tu :) hehe. so tunggu transformasi bermula...

p/s: TRANSFORM & ROLLOUT...
Read more...

Akan datang...

2 comments



Di sebabkan terlalu byk benda kena buat, sian kat blog nie dah terUPDATE. gambar kat atas tu sempena projek akan datang, dalam pembikinan..sabar yer. website terbaru dari aku...tungguuuuuu


Read more...