23 April 2010

Event PPMH



Minggu lepas, aku terlibat secara tak langsung tuk event PPMH - Media Hiburan, event nie berlansung kat Saloma Bistro. Ramai gak artis datang. Leh dikatakan meriah gak ler.
Event nie berkisar









Along Raja Lawak dan Didie Alias jadi pengacara tuk ari tu, parti itu sememangnya begitu santai dan rileks dengan kategori anugerah-anugerah yang semuanya melibatkan bentuk fizikal selebriti seperti Anugerah Artis Lelaki Mata Mengancam, Artis Hidung Memukau dan sebagainya. Kadang-kadang, kelakar gak.

Ini membuktikan anugerah PPMH berbeza dengan anugerah yang lain yang ada dalam industri hiburan tanahair. Kalau perhatikan betul-betul, kategori ini diperkenalkan setelah menyedari peminat kat luar sana bukan sahaja meminati bakat yang ada pada seseorang artis itu semata-mata. Realitinya, ada peminat yang suka kepada faktor lain seperti fizikal dan keperibadian yang mereka miliki.



Senarai kategori & pemenang2nya ada kat bawah nie:

Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
Artis Kacak – Kamal Adli
Artis Jelita – Diana Danielle
Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi

* Anugarah Khas Media Hiburan – Dato’ Siti Nurhaliza
* Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan – Ramlah Ram (Sempena 25 tahun penglibatan dalam industri seni)

0 comments: