17 September 2009

Selamat Hari Raya

0 comments




Salam semua...

Hari ni last day keja, jalan pun tak jem. Sempena nak menyambut Syawal yg bakal menjelang nie...aku Mohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali aku, sama ada secara online (kawan Facebook, blogger dll) @ pun tidak. Kalau ada salah silap dlm berchat, terkata, terbergurau ker..aku minta maaf banyak2. Sebagai manusia biasa mmg tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Kata-kata terkahir, yg akan pulang ke kampung tu hati2 ler sama ada korang memandu ker, pembonceng ker, naik bas ker...tetap la kena berhati2 kan. Aku doakan semoga raya kali nie dpt keredhaan dan rahmat dari-Nya. Amin... Read more...

15 September 2009

Kad Raya Digital

0 comments



Buat kengkawan semua...mana yg nak antor kat raya digital, nak letak gambar sendiri @ famili...sini aku hadiahkan tuk korang. Korang cuma perlu letak gambar sendiri jer kat tempat yg dah aku sediakan ;) Korang cuma perlu ada Adobe Photoshop jer tuk guna kad digital nie...ok?

Kat bawah nie aku kasik file2 photoshop nyer...so jgn ler segan2 nak download...selamat hari raya.... :)

1. SalamAidilfitri - download
2. SelamatHariRaya - download
3. Salamlebaran - download Read more...

Kad Raya Pertama & Terkahir..mungkin

0 comments



Akhinya dapat gak sekeping kad raya...ni yg di pos bukan digital punya okey...;)
Sejak zaman internet dah berkembang maju, terutama bila dah ada Facebook..lagi la antor kad raya secara digital di lakukan secara besar-besaran tak gitu hehe.

Kalau dulu2, masa zaman belajar terutama sekolah rendah & menengah, walaupun kawan kita satu kelas tetap gak akan dpt kad raya (yer la budak2 mana nak gi pejabat pos) dan yg penting walaupun bukan duit sendiri, kita tetap nak beli kad raya tul dak.

Memasing bertukar2 kad raya, pastu akan gantung kat pokok ler, kat dinding ler. bila pegi beraya rumah kawan2 so leh la tengok kad raya kita di gantung...mmg best sgt. Tp skang, rasanya budak2 sekolah pun dah tak buat cam tu. Memang senang hantar kad raya secara digital nie, tak pun sms...tp tak berapa nak best.

Tiap2 tahun aku akan minta alamat kengkawan tuk aku antor kad raya...tp tahun nie di sbbkan dpt sikit jer kad raya dari company...dah takde perasaan nak antor, sbb nanti ada yg terasa tak dpt. Jadi aku simpan jer la kad raya tu tuk simpanan sendiri. Korang lak camana? dpt byk tak kad raya berpos nie? huhu

p/s: kad raya yg aku dpt tu dari rakan yg berbangsa Cina...terharu...
Read more...

10 September 2009

New Born 090909

0 comments


Salam semua...

Masih bercerita pasal tarikh 090909. Ucapan tahniah buat salah sorang staff kat opis nie yg baru dpt baby ke-3 pada tarikh 090909. Semalam aku pi melawat dia kat DEMC, dia pun tak sangka yg dia akan dpt baby tarikh tu...mmg tuah badan, mana taknya, org lain siap booking nak deliver masa tu...hebat tul sanggup tu bagi kena suntik ubat supaya dpt kasik lahir tarikh dia org nak. Tu la kuasa Allah. Kita merancang, Dia yg mampu menentukan segala2nya.

Sepatutnya member tu beranak 27hb nanti, tp di sbbkan dah smpai seru, maka lahir la sorang baby boy, dari apa yg dia citer, dia rasa nak terberanak tu masa sahur lagi, siap leh siapkan sahur tuk suami ngan anak2...lawak tul...alhamdulillah semua nya ok. Dan ayat yg dia ckp sebelum aku balik..."nak stop ler...dah tak larat dah...cukup la 3 org.." hehehe.

p/s: kita hanya mampu merancang....
Read more...

08 September 2009

Hari nie 090909

0 comments


Salam semua...

Hari nie kalau korang perasan...tarikh hari nie adalah 09.09.09...fuh...mmg cantik no nie ;) Kalau bukan bulan posa...mesti ramai berebut2 buat kenduri kawin tarikh2 cantik macam nie tul dak. Leh gak kalau korang nak buat kenduri time nie...buat waktu berbuka ler...hehe

Disebabkan tarikh istimewa nie, aku terajin sikit buat wallpapper sempena 090909 nie, pada sapa2 yg nak download sila-silakan ler..klik pada gambar tu, right-click pastu save as..senang bukan. "Anda buat anda dapat.." (pinjam kata2 ustazah norbayah...hehe)
Read more...

3 banner tuk Buku Prima

0 comments

Salam semua,


Harapkan korang semua sihat hendaknya di samping menjalani ibadah puasa nie...camne puasa ok lagi tak? Masa2 mcm nie org2 kat opis nie dah mula dengan aktiviti jual beli...tak kira la kuih muih ker, biskut raya ker...mcm-macam la selagi leh jual hehe. Aku pun ada la beli sikit kira syarat ler..kang org dtg umah takde pulak kuih raya. Nak beli byk kang pas raya terpaksa makan kuih raya jer..yer la gaji kan lambat lagi. Tak ke naya...so jgn susah kan diri sendir yer.

Jelos gak dgr korang2 yg dpt bonus time2 mcm nie...sakan la korang ber shopping. Takpe la rezeki masing2 tul dak. Jgn nampak cam byk duit tp rupa2nya pakai kad kredit...tu pun tak berguna juga hehe.

Aku baru setelkan 3 banner tuk website Buku Prima. Tu yg aku leh membloging nie..haha. Ada 7 banner nak kena setelkan. Kalau korang tengok kat atas tu aku letak format jpg jer. kalau nak tengok format Flash, leh gi tengok kat BUKU PRIMA - www.bukuprima.com.my. Dah takde idea aku stop jap..esok sambung...;) ok la nak bersiap untuk pulang....adios amigos

p/s:
Hadith :
Dari Abu Syaibah r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”


Read more...

03 September 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - DAH LIVE!!!

0 comments



Salam semua...

Berita baik buat sahabat-sahabat semua... Buat semua yg terasa nak antor ucapan buat sahabat handai (bukan handal)...famili ke..website nie dah LIVE!!! best bukan....

So apa lagi...hebah2 kan ler buat kengkawan tak kira ada kat mana...yg penting Free yakni PERCUMA hehe... ok smbung buat kerja...

Read more...

02 September 2009

Sheida - Bridal & Beauty

0 comments



Salam semua...

Fuh cepat tul masa berlalu, hari nie dah 2 Sept 2009, dan dah 12 hari kita berpuasa. Tup..tup dah nak raya. Skang nie pun ramai dok buat persiapan raya. Kuih raya jgn cakap ler awal-awal dah tempah hehe.

Orang2 gomen untung ler dpt "Duit Raya"..pergh seronok betul kalau dpt bonus kan time2 nak raya nie, dgn kenaikan minyak lagi...pergh memang terbaik. Aku raya biasa2 jer la tahun nie. Biar sederhana dari lepas Raya teruk nak ikat perut..emm baik tak payah. biar la org nak ckp kedekut ker apa ker semua. Yang penting kita tau kita punya bujet.

ok stop dulu pasal Raya..sbb tu nanti kita sambung dah dekat2 nak raya baru best hehe. Aku baru abiskan satu job buat logo tuk satu butik nie. Sheida - Bridal & Beauty. Tu la tajuk post aku kali nie..mesti korang heran apa la Sheida tu. Ni satu butik pengantin kat keramat. Minta aku revamp semula logo. Bila dah terpilih logo tu nanti baru la nak teruskan ke langkah seterusnya...buat Bunting & Banner. So tunggu tuk yang lelain tu.



Read more...