27 May 2009

Brand Marketing Yang Ado...

2 comments

Salam semua,
Pas balik balik dari Teluk Batik, ikut team Brand Marketing punya brainstorming, aku saja2 la shoot video kat sana. Bila dah kat opis ramai yang dok bertanya

"mana video ayie?" ; "video dah siap ke akak nak tengok?" ; "dah siap ke video?"

jadi aku pun mengedit la video2 yang aku shoot tu, tp aku suka part karaoke jer yang lelain tu tak sgt. jadi tuk julung2 kalinya aku kasik up kat sini antara video2 yang aku dah edit...bukan Malaysian Idole...tp
Brand Marketing Yang Ado...

p/s: seperti biasa software yang aku guna Primier Element + After Effect





Read more...

20 May 2009

Sebelum & Selepas...

1 comments


Salam sahabat semua...dlm beberapa hari nie, lepas balik dari teluk batik, mmg dah tak sempat nak update blog, byk kerja kena setelkan terutama sekali update majalah. nak update tak leh sbb server down...aduh saleha betul la.

sebelum ke teluk batik, aku kena gi servey zoo negara tuk event Dara & Nur. dah bertahun lamanya aku tak gi zoo, mmg lain benar ler, tp betul la org ckp...org ckp aku cuma sampaikan yer, Zoo Taiping lagi best, tak caya korang kena la gi sendiri baru tau bezanya.

ok kat sini aku kasik letak gambar yg aku dah edit, magsa kali ni zirafah. software nie mmg best tuk editing gambar, nanti aku kasik tau software apa. mcm guna camera DSLR jer kan hehe ...adios ;)

p/s: zaman skang gambar tak cantik pun leh jadi cantik...serius...

Mohd Mazri's Profile | Create Your Badge
Mohd Mazri's Facebook Profile
Read more...

13 May 2009

Shooting di Rumah al-Ikhlas, Puchong - Nur & Dara

5 comments



Isnin lepas aku & team new media kena gi shoot video tuk aktiviti majalah Nur & Dara.com kat Puchong. Kita org gi shoot kat umah orang2 tua. Nie rumah kebajikan persendirian, maksudnya akak nie buat sendiri, manage sendiri, perghhh byk pahala dia dpt menjaga org2 tua & sakit. Sedih aku tgk dia org nie di tinggalkan kat situ....anak2 takde mmg bergenang gak la...


Aku dah edit sikit video yg aku shoot tu, so ada komen nak tokok tambah idea aku nie silakan jangan memalu...byk lagi aku nak belajor ambik angle yg best & editing video nie.

Software:
Adobe Primier Element, After Effect & Video Converter


p/s: Buat mereka yang masih mempunyai ibu & ayah kat kampung tu rajin2 la jenguk dia org, tanpa dia org kita takkan ada di dunia nie (pesanan penaja ;)

Kepada ibuku, isteriku, kawan2 ku serta rakan blogger sekalian yang bergelar ibu. SELAMAT HARI IBU. Jasa dan pengorbanan insan bernama ibu memang tidak ternilai. Jauh sekali kalau hendak dinilai dengan wang ringgit serta emas permata. Read more...

Akan Muncul keluarga baru...

0 comments



Salam semua;

Semalam sempat juga aku tolong kawan aku yg sorang nie, merialisasikan cita-cita dia tuk ada website sendiri, website carik duit ler...kira freelance gak. Tu pasal title nie aku letak Keluarga Baru...baru kat dunia siber nie.
Aku cuma tolong dia tukar kan dari jpg file ker html file, pastu terus uploadkan ke hosting. bagi sesiapa nak tengok, tu la kat atas tu website dia, dah offical dan dah siap sepenuhnya leh aku letak link kat sini supaya semua org leh tengok ;)

Isnin lepas, yakni 11 Mei 2009, aku di tugaskan tuk shoot video tuk aktiviti Nur & Dara.com, bertempat di rumah orang2 tua kat Puchong. aku tgh edit sikit video2 tu..so bila siap leh la letak kat sini buat tatapan kengkawan semua. Moral of the story, dan bersesuian dgn hari ibu nie...sama2 la kita menjaga ibu kita baik-baik masa dia org ada. Kenangkan lah jasa mereka yg dah membesar & mendidik kita...mmg tak terucap kata2 bila tengok ibu-ibu tua nie tinggal di situ tanpa anak masing-masing....

p/s: Sempena Hari Ibu nie, aku ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 di seluruh dunia...kalau hari-hari jadi hari ibu pun takpe..aku sokong ;) sayyyyyyyyyyyyyyannnnggggg mama.
Read more...

04 May 2009

Gatal Tangan...;)

0 comments

   

Salam semua;

Lama sungguh kita semua bercuti, bagi yg bekerja, mesti cuti lama yer la dah start cuti dari hari jumaat, kan hari pekerja, 1 mei. ada gak yg sambung cuti cam aku, ha ambik terus direct 4 hari perghh tak hingat. baru la kasik fresh sikit otak nie. 

Dapat lak bercuti mandi air terjun kat Ulu Yam, perghh. Dah lama tak cuti2 malaysia nie. Sekarang ni, kena buat satu projek website tuk Nur & Dara, tuk undian online. Tunggu gambar dari editorial tak dpt2 lagi, terus layan tukar header tuk blog aku nie....korang perasan tak? sementara rajin dan Gatal Tangan nak buat nie terus la layan...hehe apa lagi kengkawan komen-komen jgn memalu. ;)

p/s: Berdoa dan membaca Quran adalah aktiviti yang hampir sama.Kedua-duanya merupakan medium komunikasi dengan Allah.

Read more...