04 May 2009

Gatal Tangan...;)

   

Salam semua;

Lama sungguh kita semua bercuti, bagi yg bekerja, mesti cuti lama yer la dah start cuti dari hari jumaat, kan hari pekerja, 1 mei. ada gak yg sambung cuti cam aku, ha ambik terus direct 4 hari perghh tak hingat. baru la kasik fresh sikit otak nie. 

Dapat lak bercuti mandi air terjun kat Ulu Yam, perghh. Dah lama tak cuti2 malaysia nie. Sekarang ni, kena buat satu projek website tuk Nur & Dara, tuk undian online. Tunggu gambar dari editorial tak dpt2 lagi, terus layan tukar header tuk blog aku nie....korang perasan tak? sementara rajin dan Gatal Tangan nak buat nie terus la layan...hehe apa lagi kengkawan komen-komen jgn memalu. ;)

p/s: Berdoa dan membaca Quran adalah aktiviti yang hampir sama.Kedua-duanya merupakan medium komunikasi dengan Allah.

0 comments: