Salam semua,
Pergh akhirnya siap juga VCD terlampau Brand Marketing. Ni bukan melampau sebab apa, sbb aktiviti dia org tuk brainstorming kat Teluk Batik nie best bangat. sebelum ni aku dah upload sikit aktiviti karaoke dia org, ha tu baru sikit...banyak lagi aksi2 hebat dia org ni, dalam VCD yang baru di lancarkan pagi tadi.
Memasing dok gelak tengok perangai masing2 kat Teluk Batik hari tu...kalau nak bagi tau nanti leh pos hehe. Kira tak sia2 la kerja aku mengedit..dlm masa dkt 3 minggu berbaloi, siap aku dah di tawarkan "kontrak" tuk dept Brand Marketing ni...tuk tahun depan, apa lagi shoot video ler. aku no hal janji best, aku pun enjoy. Akhir kata...selamat menonton VCD tu yerk kengkawan.
p/s: nak order? leh jer... ;)
Mohd Mazri's Profile | Create Your Badge
Read more...
05 June 2009
VCD Terlampau...baek punya...
03 June 2009
Opera 10 beta buat korang semua
Tgh hari nie aku rasa malas nak kuar lunch, so aku layan la update blog nie. dah lama tak layan, di sbbkan ke sibukan smpai time rehat pun tak sempat nak update.
Kali nie nak citer sikit pasal browser nan satu ni, nama dia OPERA 1o, tp dia org keluarkan yg beta punya dulu...bukan beta raja tu..ni kira percubaan. aku baru download dan dah pun guna. setakat nie function dia ok gak cuma ada beberapa benda yg tak jalan yakni widget dia. kat sini aku senaraikan antara ciri2 terbaru Opera 10 Beta nie:
1. Opera Turbo for fast browsing on slow connections (yang nie tak tau ler, sbb kat opis tak pakai dail up)
2. New visual tabs and sleek design (yang nie aku cuba)
3. Speed Dial your way (yang nie aku cuba gak)
4. Resizable search field (yang nie aku cuba)
5. 40% faster engine and cutting-edge Web standards support (rasa-rasa cam betul hehe...)
6. Web integration (yang nie aku TAK cuba)
Jadi buat korang yg nak merasai version terbaru dari opera leh la download kat sini selamat mencuba adios amigos http://www.opera.com/browser/next/
27 May 2009
Brand Marketing Yang Ado...
Salam semua,
Pas balik balik dari Teluk Batik, ikut team Brand Marketing punya brainstorming, aku saja2 la shoot video kat sana. Bila dah kat opis ramai yang dok bertanya
"mana video ayie?" ; "video dah siap ke akak nak tengok?" ; "dah siap ke video?"
jadi aku pun mengedit la video2 yang aku shoot tu, tp aku suka part karaoke jer yang lelain tu tak sgt. jadi tuk julung2 kalinya aku kasik up kat sini antara video2 yang aku dah edit...bukan Malaysian Idole...tp Brand Marketing Yang Ado...
p/s: seperti biasa software yang aku guna Primier Element + After Effect
Read more...
20 May 2009
Sebelum & Selepas...

Salam sahabat semua...dlm beberapa hari nie, lepas balik dari teluk batik, mmg dah tak sempat nak update blog, byk kerja kena setelkan terutama sekali update majalah. nak update tak leh sbb server down...aduh saleha betul la.
sebelum ke teluk batik, aku kena gi servey zoo negara tuk event Dara & Nur. dah bertahun lamanya aku tak gi zoo, mmg lain benar ler, tp betul la org ckp...org ckp aku cuma sampaikan yer, Zoo Taiping lagi best, tak caya korang kena la gi sendiri baru tau bezanya.
ok kat sini aku kasik letak gambar yg aku dah edit, magsa kali ni zirafah. software nie mmg best tuk editing gambar, nanti aku kasik tau software apa. mcm guna camera DSLR jer kan hehe ...adios ;)
p/s: zaman skang gambar tak cantik pun leh jadi cantik...serius...
Mohd Mazri's Profile | Create Your Badge
Read more...
13 May 2009
Shooting di Rumah al-Ikhlas, Puchong - Nur & Dara
Isnin lepas aku & team new media kena gi shoot video tuk aktiviti majalah Nur & Dara.com kat Puchong. Kita org gi shoot kat umah orang2 tua. Nie rumah kebajikan persendirian, maksudnya akak nie buat sendiri, manage sendiri, perghhh byk pahala dia dpt menjaga org2 tua & sakit. Sedih aku tgk dia org nie di tinggalkan kat situ....anak2 takde mmg bergenang gak la...
Aku dah edit sikit video yg aku shoot tu, so ada komen nak tokok tambah idea aku nie silakan jangan memalu...byk lagi aku nak belajor ambik angle yg best & editing video nie.
Software:
Adobe Primier Element, After Effect & Video Converter
p/s: Buat mereka yang masih mempunyai ibu & ayah kat kampung tu rajin2 la jenguk dia org, tanpa dia org kita takkan ada di dunia nie (pesanan penaja ;)
Kepada ibuku, isteriku, kawan2 ku serta rakan blogger sekalian yang bergelar ibu. SELAMAT HARI IBU. Jasa dan pengorbanan insan bernama ibu memang tidak ternilai. Jauh sekali kalau hendak dinilai dengan wang ringgit serta emas permata.
Read more...
Akan Muncul keluarga baru...

Semalam sempat juga aku tolong kawan aku yg sorang nie, merialisasikan cita-cita dia tuk ada website sendiri, website carik duit ler...kira freelance gak. Tu pasal title nie aku letak Keluarga Baru...baru kat dunia siber nie.
04 May 2009
Gatal Tangan...;)




