27 August 2009

Salam Kemerdekaan yang ke-52

0 comments


Salam semua...

Fuh hari nie memang best tul, sbb hujan lagi. Rahmat di hari Jumaat. Mungkin juga ada yg akan merungut..."Ahh jem lagi nak pergi kerja" takpun "Kenapa tak hujan esok...best sikit cuti" , "Abis lenjun wpun dah pakai baju hujan..." (buat mereka yang bawak motosikal).Jangan la gitu kawan..sbb kalau Allah tak turunkan hujan..kan ke panas kita di bulan puasa nie. Lagi penat berpuasa di musim panas.

Semalam aku berbuka kat putrajaya..sbb mak aku datang dari kpg. Buat korang yg gerak dari Shah Alam nak ke KL, memang jem kan semalam sbb hujan lebat. Tapi mungkin sbb niat aku nak pergi berjumpa & berbuka dengan mak, perjalanan aku jadi lancar, Alhamdulillah. Subhanallah, Allah mengizinkan aku, yer la nak jumpa mak kan. Dapat ler aku makan ketam masak cili hehe.

Hari nie baru dpt tulih sikit sbb tugasan yg di berikan kat aku dapat disiapkan. Korang nak tau apa projek terbaru aku tu kan? Website tuk bagi ucapan buat yg tersayang, tak kira la sapa yg korang sayang. Famili ker, Awek ker, Boypren ker hehe...janji korang nak kasik ucapan tuk raya aidilfitri. Tuk raya lain tak diterima okey.

Kat sini aku kasi letak sikit cara2 nak hantar ucapan korang, yang bestnya bukan setakat korang leh hantar gambar, tp nak antor video pun boleh...ok apa lagi..janga lepaskan peluang yang best nie. Mana yang tak dpt balik beraya kat perantauan tu lagi la digalakan...ok semua sambung kerja...adios amigos.


Ingin menghantar gambar dan ucapan salam Aidilfitri, sila ikut langkah-langkah di bawah.

1. Pastikan saiz fail gambar anda melebihi 1.5MB, di dalam format jpeg. Hantar sebagai attachment dalam e-mel.

2. Dalam emel, pastikan mengandungi maklumat-maklumat wajib seperti ini:

Nama Pengirim:
Lokasi (Tempat Tinggal atau Institusi Pengajian):
Penerangan Gambar (Caption):
Ucapan:

3. Sertakan nama-nama mereka yang terdapat di dalam gambar mengikut turutan dari Kiri – Kanan.

4. Pihak Sinar Harian berhak menyunting ucapan anda mengikut kesesuaian. Teks ucapan anda tidak dibenarkan menggunakan perkataan kesat atau menyinggung mana-mana pihak. Elak menggunakan bahasa yang dipendekkan seperti utk, kpd dan mrk.

Untuk menghantar video, sila muat naik (upload) video anda ke You Tube dan membuat copy and paste "embed" link untuk saiz xxxxxx ke dalam emel. Pastikan institusi pengajian atau lokasi anda berada dinyatakan di dalam emel tersebut.

Rebut peluang dari kami di mana emel yang mengikut kriteria yang ditetapkan akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam akhbar Sinar Harian.

Read more...

24 August 2009

Sempena MERDEKA yg ke-52

0 comments



Salam semua,

Sempena hari kemerdekaan nanti, aku telah tukarkan header tuk majalah REMAJA. Secara rasminya, ni la majalah REMAJA menjadi satu-satunya majalah yang bertukar header mengikut tema...tak tau ler kot2 nanti raya pun nak tukar hehe...insyallah kalau takde banyak kerja yg mendatang. Apa lagi...komen ler sikit header nie...huhu

Semalam masa gi terawikh, tak sangka aku leh jumpe member lama masa belajar dulu. Lama juga tak jumpe dia, team mate aku main badminton. Memang rezeki la nak jumpe kawan lama semula. Pas nie hari2 ler jumpe member tu. Terkenang balik zaman2 belajar dulu. Biasa la sekarang nie memasing dah ada kehidupan sendiri, dah ada famili sendiri, anak-anak lagi, memang susah nak jumpe walaupun tinggal berdekatan. Harap-harap masa raya nanti dapat ler jumpe member lama.

Ok la ada task baru nak buat sempena Raya nanti...kalau dah siap projek nie dah siap aku akan war-warkan..so tunggu...

P/S: Hari nie kelas After Effect akan bermula. Semalam installer tertinggal, nak belajar? Lai lai..;)
Read more...

23 August 2009

Salam Ramadhan

0 comments



Salam Ramadhan buat semua. Cepat tul..dah tiba bulan puasa, dan dah 3 hari kita posa. Memang cepat masa berlalu. Bila citer pasal bulan posa nie, antara benda yg tak leh terlepas dari ingatan :

1. Bersahur & berbuka ngan famili kat kpg masa 1 Ramadhan tu...
2. Bazar Ramadhan - Rambang mata nak beli juadah, pastu bile time berbuka minum air jer dah kenyang
3. Buffe buka posa - ni lagi satu pembaziran, mana taknya bayar mahal2 tp makan tak smpai pun reger tu tul dak
4. Antara makanan fav masa bulan posa - murtabak, roti john, tak pun ayam golek hehe
5. Time rehat - TIDO hehe

Tu diantaranya la...kalau korang ada pengalaman2 lain leh tambah lagi. Tapi time bulan posa nie yang paling aku terkenang sgt..masa dulu2, aku ni jadi postmen tuk opah aku. Korang pernah tak tukar2 juadah ngan jiran2...ha aku jadi tukang hantarnya la. Walaupun rumah jiran berjauhan, tetap gak dpt juadah yg opah aku masak. Opah akan masak banyak2, pastu aku ler kena pi hantar makanan tu. Pastu Jiran akan balas semula...mmg meriah la makanan kalau bertukar2 nie. Kenangan nie mmg tak dpt di lupakan sampai bila2.

Tapi tu dulu, skang nie jiran selang sebuah rumah pun dah tak kenal. Nasib baik la jiran sebelah rumah aku ok...semalam dia bagi juadah kat kita org, Pajeri terung ngan Ayam Goreng. tu yg terus aku teringat zaman kecik2 dulu. Tu yg lagi membuatkan bulan puasa kita meriah...bukan kerana nak raya jer. Masih boleh ke dia praktikan lagi amalan camtu? Nostalgia betul...

P/S: Time rehat di bulan posa nie aku adakan sesi mengajar After Effect, sapa nak belajar leh la datang sini...hehe
Read more...

20 August 2009

PDF convert to Word

0 comments




Semalam dok mencari2 mcm mana nak tukarkan PDF kepada word, aku terjumpe la satu website nie. Leh convert kan korang punya PDF ke Word secara online. Nasib baik ler internet ok semalam dan tak buat perangai kalau tak..mmg lembab ler nak convert online nie...

Kalau korang nak & perlukan tuk convert file PDF tu..gi la kat url nie http://www.pdftoword.com/. Senang dan mudah. Aku try carik installer, tp tak berapa memuaskan. maybe kena beli kot kalau nak best tu.

Esok kita semua dah start posa...kat sini di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf buat korang semua kalau ada salah silap. Aku bersyukur masih lagi boleh menyambut Ramadhan kali ni...alhamdulillah. Buat semua..selamat menyambut bulan posa...mudah mudahan puasa tuk tahun nie mendapat keberkatan, dan mari la sama-sama kita doakan agar penyakit berjangkit H1N1 nie...hilang dari muka bumi nie. Amin.
Read more...

19 August 2009

Remaja...H1N1...mask...

3 comments



Salam semua...

Baru leh nak tulih. mana taknya pas abis event Nur * Dara.com hari tu terus ada tugasan baru....kena tolong si Su tuk setelkan design website remaja. Tp alhamdulillah dah setel nanti aku kasik tunjuk designnya bila dah confirm...korang la org pertama dpt tengok design website remaja yg baru hehe.

Skang nie musim penyakit berjangkit...kat opis kena pakai mask, dan kat opis juga ada anak2 staff di sini yg disyaki. Aku doakan semuga anak2 dia org nie cepat sembuh..amin. Dalam keadaan mcm nie pun ada juga org nak ambik kesempatan, mask tu dia org naikkan harga..apa nak jadi dia org nie. Semalam aku gi kat farmasi satu pasaraya nie, patut mask yg 1 layer tu, harga dia dlm 35sen, dia org bantai pi jual sampai 70sen. Memang la senang kat sini tp kat SANA nanti menjawap ler.

Bukan jer gula disuruh jadi barang kawalan, mask tu pun dah kena jadi bahan terkawan...apa la dia org nie. Bercakap pasal mask nie...ramai gak yg tak mempunyai kesedaran. Masa aku gi beli barang dapur semalam, aku rasa ada la dlm 15 org termasuk aku yg pakai mask, emm entah la..bila dah kena baru nak kawal kot. Memula pakai mmg la rimas tapi lama ok ler. Pastu bawak anak kecik lagi...aduhhh satu hal.

Ok la, aku nak pi makan dulu..nanti ada benda best aku kasik tau...adios....
Read more...

05 August 2009

Cuti panjang...

2 comments

Salam semua...

Apa kabo kengkawan semua, sihat la hendaknya. Aku bercuti panjang..bukan cuti jalan2 cari makan @ 2 hari 3 Malam, tapi aku cuti disbbkan aku sakit. Kali nie sakit mmg lama...start dari hari khamis aku kena demam panas. Skang nie bahaya, demam terus kena gi check. Petang Khamis tu aku gi la klinik, mmg panas..38.8darjah culcius. Doktor pun kasik MC, dan suh datang semula dlm 3 hari takut Denggi.

Alhamdulillah selepas 3 hari aku dah ok...demam dah kurang, atas nasihat doktor aku belasah 100plus ngan makan ubat, so badan dah ok cuma tak recover sepenuhnya lagi. Rupa2nya memang ada kes la kat area umah aku. Semalam ada fogging, disbbkan aku ada kat umah, aku suh org tu foging dlm umah...mmg berbau minyak la umah aku, tp lega nyamuk dah takde lagi.

Pas dah setel demam panas, dah aku kena Demam Campak lak...tp nasib yg macam ruam jer, so tu yg sambung cuti lagi tu. Semua yg terjadi ada hikmahnya. So video2 tuk event dara & nur aku terpaksa la siapkan kat umah. Hari jumaat nie nak review..perghh risau gak nie, harap2 aku sempat la buat semua.

Buat kengkawan semua, skang nie kalau kena demam ke batuk ker...cepat2 la gi klinik. Sakit skang nie kita tak leh jangka. Akak kat sebelah umah aku pun dah kena cuti, sbb sekolah dia ada kes N1H1. mudah2an kes nie cepat la hilang...sbb sakit nie tak dpt detect...walahualam.
Read more...