Semalam dok "berjalan-jalan" kat internet nie terjumpe satu website nie...menarik gak. Sesuai tuk korang2 yg suke convert2 file nie...macam2 jenis file leh convert. dari lagu, file word, video..dan banyak lagi.
Jadi buat semua..apa lagi...gi jer kat website nie..pastu korang leh la suka-suka hati convert file apa yg korang nak hehe. Selamat mencuba. Klik Sini
Read more...
26 October 2009
Convert File korang
22 October 2009
Siap jua akhirnya
Salam semua...
Dah jumaat, 23/10/2009. Minggu depan last kita kat bulan 10 nie...cepat tul pastu bulan 11 pastu dah abis tahun. Cepat tul masa berlalu. Minggu dan minggu2 sebelumnya mmg kesibukan kerja opis maupun kerja rumah. Tu pasal tak berkesempatan nak update apa2 kat sini. Yer la byk nak kena setelkan sebelum akhir tahun.
Kerja rumah terbaru yg berjaya siapkan..ni ha..tuk member aku sorang nie, Butik de Idaman dia..mmg nama syarikat nie Butik de Idaman :)
Sebelum tu aku siapkan 2 mockup design tuk dia tengok...so korang la pulak berpeluang tuk tengok dan komen...pastu cuba korang teka design mana yg terpilih...bagi yg betul akan dpt hadiah..mcm biasa la...dpt jadi org pertama tengok website tu bila live kat internet hehe....
ok la...mahu gerak dulu..meeting. adios amigos.
Read more...
13 October 2009
Buat duit dengan blog lagi???
Salam semua...
Aku ada terjumpa pasal satu lagi program buat duit, disamping menarik trafik ke blog kita iaitu Mangga Social Advertising Network. Ni satu lagi program untuk buat duit, disamping menarik trafik ke blog kita.
Aku baru jer join. Tengah explore lagi, sbb nak tau apa kelebihan network nie.
Antara benda yg ada dlm network nie:
1. Ianya ala-ala mybloglog dan myblogcatalog - dimana kita boleh socialize, hantar mesej pada partner/member kita
2. Ada friends widget, bila diletakkan di blog kira macam satu backlink kepada kita
3. Leh ajak kengkawan lain join dengan 1 klik sahaja :)
4. Yang bestnya PELUANG KORANG BUAT DUIT dengan meletakkan ads widget di blog kita...best tak best tak...senang jer kan.
Selain kita dok memblog jer...ada gak income tambahan...dari takde ;)
jadi apa lagi...register ler skang..lagi ramai lagi bagus...ManggaOnline mendapat 200 ribu pandangan dan 120 ribu pelawat uniq setiap bulan.
Read more...
Smart iklan nie
Teruja gak aku tgk iklan nie...wpun byk iklan canggih manggih skang...tp bila tgk style iklan Shell nie sedap mata memandang. utk team yg buat iklan nie...ada pesanan buat korang "Takpe...nanti aku belajar buat gak baru korang tau.." hehehe
Read more...
08 October 2009
Perghhh!!! Gambar aku kat billboard ler..

Salam semua...masih mood raya ke? Biasala kan raya sebulan. Masa-masa camnie la byk org buat open house, sbb masa raya kan kat kampung halaman masing2. Tajuk kali nie dasat sikit...tp bukan jadi betul2 pun. Sesaja ajer...aku teruja dgn website nie leh edit gambar kita. Tak payah nak tau pasal software editing gambar!!! Korang cuma perlu upload gambar korang..pastu siap.
Banyak gak theme tuk korang pilih. tengok la mana2 yg masyuk ngan jiwa korang hehe.
Gambar yg dah siap tu leh la nak save @ publish kat website @ blog korang. Best tak? Ok kalau korang nak mencuba leh la gi kat website nie...klik sini
selamat mencuba....ok nak sambung keja balik
Read more...
17 September 2009
Selamat Hari Raya

Salam semua...
Hari ni last day keja, jalan pun tak jem. Sempena nak menyambut Syawal yg bakal menjelang nie...aku Mohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali aku, sama ada secara online (kawan Facebook, blogger dll) @ pun tidak. Kalau ada salah silap dlm berchat, terkata, terbergurau ker..aku minta maaf banyak2. Sebagai manusia biasa mmg tak terlepas dari melakukan kesilapan.
Kata-kata terkahir, yg akan pulang ke kampung tu hati2 ler sama ada korang memandu ker, pembonceng ker, naik bas ker...tetap la kena berhati2 kan. Aku doakan semoga raya kali nie dpt keredhaan dan rahmat dari-Nya. Amin...
Read more...
15 September 2009
Kad Raya Digital
Buat kengkawan semua...mana yg nak antor kat raya digital, nak letak gambar sendiri @ famili...sini aku hadiahkan tuk korang. Korang cuma perlu letak gambar sendiri jer kat tempat yg dah aku sediakan ;) Korang cuma perlu ada Adobe Photoshop jer tuk guna kad digital nie...ok?
Kat bawah nie aku kasik file2 photoshop nyer...so jgn ler segan2 nak download...selamat hari raya.... :)
1. SalamAidilfitri - download
2. SelamatHariRaya - download
3. Salamlebaran - download
Read more...



