25 June 2009

Scroller tuk blog korang...

0 comments



Salam semua,
Kali nie ada terjumpa satu gajet nie...smart gak, leh buat promosi kat website korang. Senang sangat nak guna..korang cuma gi kat website nie
http://www.myflashfetish.com/myspace-text-scroller.php , pastu ikut jer steo yg aku tunjuk kat bawah nie...

1. masukan teks kat ruang kosong tu
2. pastu pilih warna ikut kesukaan korang.



3. Tekan button save, kemudian akan kuar page yg ada code untuk korang copy. Copy code tu pastu letak la kat website korang...senang bukan...selamat mencuba ;)



p/s: Berita baik buat korang yg suka membaca, leh dapatkan e-book pasal 3 cara buat duit menggunakan blog..yg penting PERCUMA. Klik sini tuk mendownload...selamat membaca


Read more...

23 June 2009

Memendekkan url/link Facebook anda..

0 comments

Salam semua...

Diharapkan semua kengkawan sihat la hendaknya...fuh best tul hujan lebat pagi tadi, smpai datang kerja pun terlewat. Biasa la, kalau kat Shah Alam nie, dan mana2 kawasan KL nie, hujan renyai pun leh jem..tak paham betul

Kali nie aku nak citer pasal lagi satu kelebihan yg ada kat Facebook, memendekan url korang. Takde la korang nak ingat url Facebook yang panjang berjela cam nie kan... http://www.facebook.com/people/NamaAnda/12452154. Lagi senang nak ingat url mcm nie http://www.facebook.com/mohd.mazri. Caranya senang jer...

memendekkan url
memendekkan url

Klik kat sini di http://facebook.com/username. Minimum 5 perkataan dan ada auto suggest bagi username anda.

fb22

Selamat mencuba ;)

p/s: Dapatkan e-book 3 Idea Buat Duit Dengan Blog nie secara percuma dlm format PDF. Klik sini untuk download. Yang penting PERCUMA hehe

Read more...

Tutorial: Blur kan imej

0 comments


Salam semua...

Pekabo kengkawan semua...kali nie aku rasa nak letak tutorial paling senang korang nak ikut. Aku tgk, kebanyakkan kengkawan kat friendster terutama Amira, suka sgt edit gambar..korang kenal tak amira? takpe nanti mesti korang kenalnya...sabar yer.

Ok skang mari kita mulakan tutorial, bahan2 yg kita perlukan...
i. Gambar sesuka hati...
ii. Adobe Photoshop (ni paling penting kena ada nie..kalau tak..tak jadi hehe)

Cara-caranya:
  1. Buka gambar yang hendak di edit.



  2. Duplicate layer asal, klik pada layer gambar tadi kemudian tekan ctrl+j sekarang namakan layer baru tersebut dengan nama blur (nama apa- apa pun tak kisah sebenarnya ;))

  3. Pilih Filter > Blur > Gaussian Blur . Jadikan nilai tersebut 2.0 (lagi besar nilai gambar akan jadi lebih blur)

  4. Kemudia klik pada icon Add vector mask di bahagian bawah layer. Ini akan menambah satu kotak putih di sebelahnya, betul tak?

  5. Pilih brush, dan pastikan warna hitam sebagai pilihan. Kemudian klik pada kotak di sebelah gambar di layer Blur tadi (seperti rajah dibawah)

  6. Sekarang masa untuk menconteng…gunakan brush tadi hanya di kawasan gambar yg hendak kelihatan jelas sahaja.

  7. Untuk mengecilkan @ membesarkan saiz Brush gunakan simbol “{ “ atau “}” di keyboard korang.

  8. Dah siap pun…skang leh ler buat tuk gambar2 lain lak…ni la masa nak tunjuk kat member2…hehehe.


  9. Contoh lain yg aku dah buat...

  10. Selamat mencuba...kalau tak tak berjaya sila la tanya jgn segan-segan... kalau segan pegi Bagan ;)

Read more...

18 June 2009

Free Theme for Blogger...

0 comments



Salam semua...

Fuh tajuk kali ni mmg best...

1. sbb ada perkataan FREE yakni percuma (semua org suka benda percuma kan huhu)
2. sbb dlm bahasa ibunda, BI (bahasa Inggeris) ...menyahut seruan kerajaan nanti SPM kena lulus BI tahu adik2. ;)

bagi kengkawan yg guna blogspot dan dah boring ngan penampilan yg sedia ada...boleh la tukar pada theme yg lebih best...pilih jer kat website nie http://wpbloggerthemes.blogspot.com. cara2 nak tukar semua ada di ajarkan.

aku pun guna theme yg dah di download, cuma aku tukar dari yg asal jadi la seperti skang nie. tak best la Header asal tu..baik buat sendiri, nak buat sendiri kena ada sikit kemahiran dlm photoshop...tak tahu leh tanya..sila-sila.

so apa lagi..mari lah sama2 kita menukar theme kita...adios amigos...nandos
Read more...

15 June 2009

Video shooting NUR & DARA di UNZA

0 comments


Salam semua...

Semalam ada video shooting kat UNZA, korang tau tak UNZA tu amende? tp kalau sebut produk nie mesti korang tau kan -> Safi, Dashing, Elite(bukan kumpulan Elite tp gel rambut hehe) ..ha kan dah ckp mesti korang tau punya.

UNZA nie syarikat yg mengeluarkan semua produk2 tu ler....berdepan dengan MYDIN subang. masa memula nak pegi tu, tak tau gak UNZA nie kat mana tp bile dah ckp depan MYDIN baru tau, senang rupanya. 

Separuh hari jer aku pi shoot kat sana ngan zul. ok la dpt goodie bag lagi hehe, tp tu la semua produk safi, camana nak gune. Tak dpt nak upload video lagi, sbb kena la edit sikit, so nak tgk video kena la tunggu....hehe. buat Amrina (salah seorang finalis) terima kasih ler sbb sudi ambik gambar videographer yg sedang bertugas nie...leh tunjuk kat bos..bukti ni bukti tgh bekerja hahaha...


Read more...

12 June 2009

Selamat pengantin baru...

0 comments


Salam semua...
Dah lama gak tak berkesempatan nak post topik baru. kesibukan sikit la kengkawan. Tajuk kali nie pasal berkenaan member aku kawin 7/6/2009 hari tu.

dia nie member opis, kira rapat gak la, dan rapat gak ngan famili dia. famili dia pun tak berkira, masa time aku susah...datang tolong. bagus famili dia nie. ucapan tahniah buat famili dia sbb dpt menantu pertama, pasni angah la pulak ;)

tanpa membuang masa korang leh la tgk website dia kat sini, bagi kengkawan yg tak berkesempatan nak datang dan tengok Edwin kawin...so apa lagi nie la masa nya nak kasik ucapan ker..nak komen ker...kutuk-mengutuk tidak di galakan hehe.

ok la semua...kawan nak gerak dah nie, ari nie ada futsal..apa lagi kasik senam sikit takde la stress otak nie ngadap komputer jer. Layan....http://mazrimishar.com/edwingee

p/s: akhirnya berjaya gak aku customize website guna wordpress setelah berhari2 bersengkang mata huhuhuwaaaa....
Read more...

05 June 2009

VCD Terlampau...baek punya...

1 comments


Salam semua,

Pergh akhirnya siap juga VCD terlampau Brand Marketing. Ni bukan melampau sebab apa, sbb aktiviti dia org tuk brainstorming kat Teluk Batik nie best bangat. sebelum ni aku dah upload sikit aktiviti karaoke dia org, ha tu baru sikit...banyak lagi aksi2 hebat dia org ni, dalam VCD yang baru di lancarkan pagi tadi.

Memasing dok gelak tengok perangai masing2 kat Teluk Batik hari tu...kalau nak bagi tau nanti leh pos hehe. Kira tak sia2 la kerja aku mengedit..dlm masa dkt 3 minggu berbaloi, siap aku dah di tawarkan "kontrak" tuk dept Brand Marketing ni...tuk tahun depan, apa lagi shoot video ler. aku no hal janji best, aku pun enjoy. Akhir kata...selamat menonton VCD tu yerk kengkawan.

p/s: nak order? leh jer... ;)

Mohd Mazri's Profile | Create Your Badge
Mohd Mazri's Facebook Profile


Read more...

03 June 2009

Opera 10 beta buat korang semua

0 comments


Salam semua...

Tgh hari nie aku rasa malas nak kuar lunch, so aku layan la update blog nie. dah lama tak layan, di sbbkan ke sibukan smpai time rehat pun tak sempat nak update.

Kali nie nak citer sikit pasal browser nan satu ni, nama dia OPERA 1o, tp dia org keluarkan yg beta punya dulu...bukan beta raja tu..ni kira percubaan. aku baru download dan dah pun guna. setakat nie function dia ok gak cuma ada beberapa benda yg tak jalan yakni widget dia. kat sini aku senaraikan antara ciri2 terbaru Opera 10 Beta nie:

1. Opera Turbo for fast browsing on slow connections (yang nie tak tau ler, sbb kat opis tak pakai dail up)
2. New visual tabs and sleek design (yang nie aku cuba)
3. Speed Dial your way (yang nie aku cuba gak)
4. Resizable search field (yang nie aku cuba)
5. 40% faster engine and cutting-edge Web standards support (rasa-rasa cam betul hehe...)
6. Web integration (yang nie aku TAK cuba)

Jadi buat korang yg nak merasai version terbaru dari opera leh la download kat sini selamat mencuba adios amigos http://www.opera.com/browser/next/

Read more...