Assalamualaikum semua...
Buat kengkawan semua yg nak merasa sarapan di Mc D, skang nie ada promosi...beli dengan harga RM5 korang leh dpt pakej kombo...sbb pagi tadi dah try tu yang berani nak promote tu.
Tapi..kena beratur panjang sikit ler. Memang berbaloi sangat...makan sampai lebam org kata....ok korang leh download benda nie dan print. Esok last day, 31 Mac 2011. apa lagi pagi2 esok tunggu la depan Mc D hehehe...
p/s: print hitam putih pun boleh..no hal...aku dah cuba pagi tadi...selamat makan-makan ;)
Read more...
30 March 2011
Cepat PROMOSI sarapan di MC D
14 February 2011
Cerita Photoshop...Al-Kisah

Salam semua...kalau yang dah biasa dengan Photoshop, jom kita tengok sikit sejarah Photoshop, adios...
Pada tahun 1987 Thomas Knoll (seorang pelajar PhD pada waktu itu)
telah mencipta satu program pada komputer Macintoshnya untuk
memaparkan imej 'grayscale' pada monitor monokrom.
Program tersebut beliau namakan Display. Dalam masa yang sama,
abangnya iaitu John Knoll telah melihat dan berminat dengan program
tersebut.
Mereka kemudiannya telah bekerjasama untuk menghasilkan
sebuah program yang lebih canggih dikenali sebagai ImagePro.
Setahun kemudian, Thomas Knoll telah menukarkan nama program
tersebut kepada Photoshop.
Mereka kemudiannya telah menjalinkan kerjasama sementara dengan
pengeluar scanner iaitu Barneyscan. Hasilnya Photoshop telah berjaya
diedarkan sebanyak 200 salinan bersama-sama dengan produk
Berneyscan tersebut.
Melihatkan kepada potensi program Photoshop tersebut, John Knoll
telah membuat demo program ini kepada syarikat Apple dan Adobe.
Demo tersebut telah memikat syarikat Adobe lalu mereka membeli
Photoshop pada tahun September 1988.
Mulai tahun 1990 Photoshop 1.0 telah mula dikomersialkan. Pada
awal keluarannya ianya eksklusif hanya untuk komputer Machintosh
sahaja.
Namun mulai November 1992, penggunaan Photoshop telah semakin
meluas meliputi semua jenis sistem pengoperasian dan komputer samada
Windows, Mac OS X, Solaris.
Read more...
01 February 2011
29 December 2010
Tahniah!!!

Salam semua;
Semua dah tau, pasal kemenangan Malaysia semalam, pulak tu dengan musuh tradisi...jadi post kali nie nak ucap SYABAS & TAHNIAH, dah 14 tahun baru dpt balik piala nie. Team Malaysia memang best semalam.
Buat korang yg nak tengok berulang kali aksi2 kemenangan (wpun semalam kalah 2-1)jom tgk video kat bawah nie...ok adios
Read more...
29 November 2010
Pertandingan tidorkan baby...
Salam semua,
Baru setel buat banner tuk satu pertandingan PAMA, nama pertandingan nie Dodoi si Dodoi. Pertandingan ni khas buat Papa & Mama sekalian. Caranya? ha..gini...
Korang (yg ada baby @ anak, kena la dodoikan anak2 korang, tak kira la nak nyanyi lagu apa...janji leh tidurkan anak tu... (jgn korang lak yg tido...hehe.
Pastu recordkan cara2 korang dodoikan anak korang tu...- video sahaja....gambar tidak akan dilayan. Ok leh la start record yer pertandingan mula 1 Disember 2010.
Syarat-syarat nya leh la tengok kat website PAMA....selamat mencuba
Read more...
15 November 2010
Tweet..Tweet...Diskaun 20%...

Tweet...tweet...wah karangkrafmall pun dah ada tweeter. Sempena wujudnya tweeter tuk karangkrafmall nie, untuk mereka yang terawal 'tweet tweet' leh dpt diskaun 20% tuk pembelian di karangkrafmall. Jadi apa tunggu lagi...jom la ber'tweet'
Tugasan: Banner Promosi tuk karangkrafmall
Software: Photoshop + Ilustrator
Read more...
02 November 2010
Magic Book
Semalam jalan2 cari barang terjumpe la satu buku yg di katakan Magic nie. Aku pun beli la satu, ingatkan apa yg magic sangat. Aku ingat ada cara-cara ajar magic ke..buku tu leh bertukar jadi duit ker...(berangan..., rupa-rupanya....
buku ni memamng magic, cuba la tengok video yg aku upload nie...
Memang kreatif la dia org yang buat buku ni...cuma gerakkan plastik/ film paper yang di letakkan atas gambar khas kat buku ni. Pastu gerakkan kekiri @ kekanan....Walla!!! Terhasil lah animation...smart kan.
So esok nak pegi beli yang lain2 buat koleksi...ada sapa mau kirim...angkat tangan ;)
Read more...




