14 February 2011

Cerita Photoshop...Al-Kisah



Salam semua...kalau yang dah biasa dengan Photoshop, jom kita tengok sikit sejarah Photoshop, adios...

Pada tahun 1987 Thomas Knoll (seorang pelajar PhD pada waktu itu)
telah mencipta satu program pada komputer Macintoshnya untuk
memaparkan imej 'grayscale' pada monitor monokrom.

Program tersebut beliau namakan Display. Dalam masa yang sama,
abangnya iaitu John Knoll telah melihat dan berminat dengan program
tersebut.

Mereka kemudiannya telah bekerjasama untuk menghasilkan
sebuah program yang lebih canggih dikenali sebagai ImagePro.

Setahun kemudian, Thomas Knoll telah menukarkan nama program
tersebut kepada Photoshop.

Mereka kemudiannya telah menjalinkan kerjasama sementara dengan
pengeluar scanner iaitu Barneyscan. Hasilnya Photoshop telah berjaya
diedarkan sebanyak 200 salinan bersama-sama dengan produk
Berneyscan tersebut.

Melihatkan kepada potensi program Photoshop tersebut, John Knoll
telah membuat demo program ini kepada syarikat Apple dan Adobe.

Demo tersebut telah memikat syarikat Adobe lalu mereka membeli
Photoshop pada tahun September 1988.

Mulai tahun 1990 Photoshop 1.0 telah mula dikomersialkan. Pada
awal keluarannya ianya eksklusif hanya untuk komputer Machintosh
sahaja.

Namun mulai November 1992, penggunaan Photoshop telah semakin
meluas meliputi semua jenis sistem pengoperasian dan komputer samada
Windows, Mac OS X, Solaris.

0 comments: