27 August 2009

Salam Kemerdekaan yang ke-52


Salam semua...

Fuh hari nie memang best tul, sbb hujan lagi. Rahmat di hari Jumaat. Mungkin juga ada yg akan merungut..."Ahh jem lagi nak pergi kerja" takpun "Kenapa tak hujan esok...best sikit cuti" , "Abis lenjun wpun dah pakai baju hujan..." (buat mereka yang bawak motosikal).Jangan la gitu kawan..sbb kalau Allah tak turunkan hujan..kan ke panas kita di bulan puasa nie. Lagi penat berpuasa di musim panas.

Semalam aku berbuka kat putrajaya..sbb mak aku datang dari kpg. Buat korang yg gerak dari Shah Alam nak ke KL, memang jem kan semalam sbb hujan lebat. Tapi mungkin sbb niat aku nak pergi berjumpa & berbuka dengan mak, perjalanan aku jadi lancar, Alhamdulillah. Subhanallah, Allah mengizinkan aku, yer la nak jumpa mak kan. Dapat ler aku makan ketam masak cili hehe.

Hari nie baru dpt tulih sikit sbb tugasan yg di berikan kat aku dapat disiapkan. Korang nak tau apa projek terbaru aku tu kan? Website tuk bagi ucapan buat yg tersayang, tak kira la sapa yg korang sayang. Famili ker, Awek ker, Boypren ker hehe...janji korang nak kasik ucapan tuk raya aidilfitri. Tuk raya lain tak diterima okey.

Kat sini aku kasi letak sikit cara2 nak hantar ucapan korang, yang bestnya bukan setakat korang leh hantar gambar, tp nak antor video pun boleh...ok apa lagi..janga lepaskan peluang yang best nie. Mana yang tak dpt balik beraya kat perantauan tu lagi la digalakan...ok semua sambung kerja...adios amigos.


Ingin menghantar gambar dan ucapan salam Aidilfitri, sila ikut langkah-langkah di bawah.

1. Pastikan saiz fail gambar anda melebihi 1.5MB, di dalam format jpeg. Hantar sebagai attachment dalam e-mel.

2. Dalam emel, pastikan mengandungi maklumat-maklumat wajib seperti ini:

Nama Pengirim:
Lokasi (Tempat Tinggal atau Institusi Pengajian):
Penerangan Gambar (Caption):
Ucapan:

3. Sertakan nama-nama mereka yang terdapat di dalam gambar mengikut turutan dari Kiri – Kanan.

4. Pihak Sinar Harian berhak menyunting ucapan anda mengikut kesesuaian. Teks ucapan anda tidak dibenarkan menggunakan perkataan kesat atau menyinggung mana-mana pihak. Elak menggunakan bahasa yang dipendekkan seperti utk, kpd dan mrk.

Untuk menghantar video, sila muat naik (upload) video anda ke You Tube dan membuat copy and paste "embed" link untuk saiz xxxxxx ke dalam emel. Pastikan institusi pengajian atau lokasi anda berada dinyatakan di dalam emel tersebut.

Rebut peluang dari kami di mana emel yang mengikut kriteria yang ditetapkan akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam akhbar Sinar Harian.

0 comments: