26 July 2009

Perasmian surau di Karangkraf

Salam semua...
Adakah monday bluess...hehe...takpa paham-paham biasa la bila dah cuti lelama (lama ke? aku rasa kejap jer cuti :( ) Weekand lepas gi sepang kenduri kawin sepupu, pastu balik dah petang, singgah Summit, tak plan pun. Tp yg best akhirnya aku dpt gak tengok Ice Age...perghh punya la dah lama nak tengok..tp tak berkesempatan, kengkadang apa yg kita tak rancang tu jadi...tp jgn la asik tak merancang jer bahaya gak tu...bak kata pepatah "Jika ada tidak merancang...anda merancang untuk gagal" ha...takut tak? ;)

Minggu lepas selain ada gerhana matahari, ada lagi satu peristiwa yg patut di ingat oleh warga karangkraf...yakni perasmian surau. Masa perasmian surau tu, ada jemputan dari tuan rumah, Pak Ary, siapa Pak Ary nie? Bagi mereka2 yang pernah pergi ESQ165 tentu kenal Pak Ary. Kat sini aku letak sikit ucapan Pak Ary semasa perasmian surau tu. Masa dia bagi ucapan...pergh semua khusuk mendengar. Mmmg menyusuk kalbu gak ler ucapan dari Pak Ary. Antara kata-kata dia yg buat aku teringat2 ialah :

Masjid ada 2, iaitu masjid besar dan masjid kecil. Masjid kecil dimana tempat kita bersolat, seperti ini dan semua masjid yg ada, manakala masjid besar itu adalah Dunia kita. Apa yg kita buat di dunia ini menjadi ibadah dan setiap ibadah di catit kebaikannya...


p/s: Al-fatihah buat keluarga kak Fiza & juga keluarga Yasmin...


0 comments: