23 June 2009

Tutorial: Blur kan imej


Salam semua...

Pekabo kengkawan semua...kali nie aku rasa nak letak tutorial paling senang korang nak ikut. Aku tgk, kebanyakkan kengkawan kat friendster terutama Amira, suka sgt edit gambar..korang kenal tak amira? takpe nanti mesti korang kenalnya...sabar yer.

Ok skang mari kita mulakan tutorial, bahan2 yg kita perlukan...
i. Gambar sesuka hati...
ii. Adobe Photoshop (ni paling penting kena ada nie..kalau tak..tak jadi hehe)

Cara-caranya:
  1. Buka gambar yang hendak di edit.



  2. Duplicate layer asal, klik pada layer gambar tadi kemudian tekan ctrl+j sekarang namakan layer baru tersebut dengan nama blur (nama apa- apa pun tak kisah sebenarnya ;))

  3. Pilih Filter > Blur > Gaussian Blur . Jadikan nilai tersebut 2.0 (lagi besar nilai gambar akan jadi lebih blur)

  4. Kemudia klik pada icon Add vector mask di bahagian bawah layer. Ini akan menambah satu kotak putih di sebelahnya, betul tak?

  5. Pilih brush, dan pastikan warna hitam sebagai pilihan. Kemudian klik pada kotak di sebelah gambar di layer Blur tadi (seperti rajah dibawah)

  6. Sekarang masa untuk menconteng…gunakan brush tadi hanya di kawasan gambar yg hendak kelihatan jelas sahaja.

  7. Untuk mengecilkan @ membesarkan saiz Brush gunakan simbol “{ “ atau “}” di keyboard korang.

  8. Dah siap pun…skang leh ler buat tuk gambar2 lain lak…ni la masa nak tunjuk kat member2…hehehe.


  9. Contoh lain yg aku dah buat...

  10. Selamat mencuba...kalau tak tak berjaya sila la tanya jgn segan-segan... kalau segan pegi Bagan ;)

0 comments: